Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

18 Jul 2014

Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada Allah Taala Dan Kerana Rindu PadaNya

Assalammualaikum..Holla peeps J
Salam Ukhwah!
Intan sambung lagi tentang Menangis yaaa..
Walaupun hanya hasil pencarian daripada Encik Google..Semoga dapat memberi manfaat kepada semua..
Inshaallah dengan kehendakNya…
Kalau takcari takkan dapat kannn..Ilmu takkan datang dengan sendiri..
Kita kena Usaha..Usaha dan Usaha..
Macam tu juga la kita,Kena Usaha untuk mendapatkan apa yang kita ingin..


Allah Taala berfirman:

Ertinya : "Dan orang-orang yang beriman itu sama meniarap dengan dagunya sambil menangis
dan al Quran itu menambah ketundukan mereka."
(al-lsra': 109)

Allah Taala berfirman lagi:

"Adakah dari pembicaraan(al Quran) ini engkau semua menjadi hairan, lalu engkau semua ketawa dan tidak menangis?"
(an-Najm: 59-60)

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepadaku:

Ertinya : "Bacakanlah al Quran untukku." Saya berkata: "Ya Rasulullah,apakah saya akan membacakan al Quran itu, sedangkan ia diturunkan atas Tuan?"Beliau s.a.w. bersabda: "Saya senang kalau mendengarnya dari orang lain."Saya lalu membacakan untuknya surat an-Nisa', sehingga sampailah saya pada ayat yang ertinya:"Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap umat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas umat ini?" -Surah an-Nisa' 41. Setelah itu Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:"Sudah cukuplah bacaanmu sekarang." Saya menoleh kepada beliau s.a.w.,tiba-tiba kedua mata beliau itu meleleh airmatanya."
(Muttafaq 'alaih)

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya
mendengar suatu khutbahpun yang semacam itu kerana amat menakutkan. Beliau s.a.w. bersabda:

Ertinya : "Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui,nescaya engkau semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak." Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak."
(Muttafaq 'alaih)
Keterangannya telah lampau dalam bab: Takut.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya : "Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga susu itu dapat kembali ke teteknya menunjukkan suatu kemustahilan.Tidak akan berkumpullah debu fisabilillah itu* dengan asap neraka Jahanam."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya : "Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam
 naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri yakni hari kiamat, iaitu imam  kepala atau pemimpin yang adil. Pemuda yang tumbuh sejak kecilnya dalam beribadat
kepada Allah, orang yang hatinya tergantung sangat memperhatikan kepada masjid-masjid dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula, orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas,
juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya
dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)
Maksudnya ialah berjihad memerangi musuh agama Allah sewaktu-waktu untuk mengharapkan keredhaanNya.

Dari Abdullah bin asy-Syikhkhir r.a., katanya:

Ertinya : "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. dan beliau sedang bersolat dan
dari dadanya itu terdengar suara bagaikan mendidihnya kuali kerana beliau sedang menangis."
Hadis hasan shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dalam
asy-Syamail dengan isnad yang shahih.

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Ubay bin Ka'ab r.a., demikian:

Ertinya : "Sesungguhnya Allah Azzawajalla menyuruh padaku supaya saya bacakan
 untukmu ayat ini, ertinya: "Tidaklah akan dapat meninggalkan orang-orang kafir dari ahlul-kitab dan musyrik itu akan kepercayaannya yang sesat sampai datang
kepada mereka keterangan yang jelas. "Albayyinah" 1-8. Ia berkata:
"Apakah Allah menjelaskan namaku pada Tuan?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ya." Kemudian Ubay r.a. menangis."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam sebuah riwayat lain disebutkan: "Maka Ubay mulai menangis." - Ubay adalah seorang dari golongan sahabat Anshar.

Keterangan:
Sebabnya Ubay r.a. menangis ialah kerana terharu hatinya, gembira bercampur
 rasa takut kepada Allah Taala, kerana merasa masih kurang kebaktian serta
ketaatan yang dilakukan olehnya. Adapun rasa terharunya itu di antaranya
 disebabkan kerana dalam surat "Albayyinah" bahagian terakhir dijelaskan
 bahawa orang-orang semacam sahabat Ubay r.a. itu amat diredhai oleh Allah
Taala dan orang itupun benar-benar sudah redha kepadaNya. Manakala seseorang
 itu telah diredhai oleh Allah, maka tiada lain tempatnya di akhirat nanti, kecuali syurga.

Dari Anas r.a. pula, katanya:

Ertinya : "Abu Bakar berkata kepada Umar radhiallahu 'anhuma sesudah
wafatnya Rasulullah s.a.w.: "Mari kita bersama-sama berangkat ke tempat
Ummu Aiman untuk menziarahinya, sebagaimana halnya Rasulullah s.a.w. juga menziarahinya." Ketika keduanya sampai di tempat Ummu Aiman, lalu wanita ini menangis. Keduanya berkata: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau ketahui bahawasanya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w." Ummu Aiman lalu menjawab:
"Sesungguhnya saya tidaklah menangis kerana saya tidak mengetahui bahawasanya apa
yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w., tetapi saya menangis
ini ialah kerana sesungguhnya wahyu itu telah terputus sebab Nabi s.a.w. telah wafat." Maka ucapan Ummu Aiman menggerakkan hati kedua sahabat itu untuk menangis.
Kemudian keduanya itupun menangis bersama Ummu Aiman.”
Hadis di atas sudah disebutkan dalam bab: Menziarahi orang-orang ahli kebaikan - lihat Hadis no. 359.

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:

Ertinya : "Ketika sudah sangat geringnya Rasulullah s.a.w., lalu ditanyakan
padanya siapa yang akan menjadi imam solat. Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Perintahkanlah pada Abu Bakar, supaya ia bersolat menjadi imam orang-orang banyak!" Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Sesungguhnya Abu Bakar itu adalah seorang lelaki yang lemah, jikalau membaca Al Quran, maka bacaannya terkalahkan oleh tangisnya sehingga bacaannya tidak jelas." Beliau s.a.w. lalu bersabda lagi: "Perintahkanlah pada Abu Bakar supaya bersolat sebagai imam!"
Dalam lain riwayat disebutkan: Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Saya berkata:

Ertinya : "Sesungguhnya Abu Bakar itu apabila mengganti kedudukan Tuan sebagai imam,
ia tidak dapat memperdengarkan suaranya kepada orang-orang banyak sebab tangisnya."
(Muttafaq 'alaih)

Dari Ibrahim bin Abdur Rahman bin 'Auf, bahawasanya Abdur Rahman bin 'Auf r.a.
diberi hidangan makanan, sedangkan waktu itu ia berpuasa, lalu ia berkata:

Ertinya : "Mus'ab bin Umair itu terbunuh fisabilillah. Ia adalah seorang yang
lebih baik daripadaku, tetapi tidak ada yang digunakan untuk mengafaninya(membungkus jenazahnya)kecuali selembar purdah. Jikalau kepalanya ditutup, maka nampaklah kedua kakinya danjikalau kedua kakinya ditutup, maka nampaklah kepalanya. Selanjutnya untuk kita sekarang
ini dunia telah dibeberkan seluas-luasnya(banyak rezeki). Atau ia berkata:
"Kita telah dikurniai rezeki dunia sebagaimana yang kita terima ini amat banyak sekali.
Kita benar-benar takut kalau-kalau kebaikan-kebaikan kita ini didahulukan untuk kita
sekarang sejak kita di dunia ini, sedang di akhirat tidak dapat bahagian apa-apa." Selanjutnya ia lalu menangis dan makanan itu ditinggalkan.”
(Riwayat Bukhari)

Dari Abu Umamah, iaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Ertinya : "Tiada sesuatupun yang lebih dicintai oleh Allah Taala daripada dua titisan dan dua bekas.
 Dua titisan itu ialah titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang dialirkan fisabilillah.
Adapun dua bekas iaitu bekas luka fisabilillah dan bekas dalam mengerjakan kefardhuan dari
beberapa kefardhuan Allah Taala semacam bekas sujud dan lain-lain."

Diriwayatkan Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis Hasan.
Dalam bab ini masih banyak lagi Hadisnya, di antaranya ialah Hadisnya al-'Irbadh bin Sariyah r.a.,
katanya: "Kita semua diberi nasihat oleh Rasulullah s.a.w., iaitu suatu nasihat yang semua hati
dapat menjadi takut kerananya dan matapun dapat melelehkan airmata". Hadis ini telah lalu dalam bab:
Melarang kebidaahan-kebidaahan - lihat Hadis no. 157 dan 171.

K Selamat Berpuasa..
Adios..

Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment