Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

29 Sept 2014

Blog Bercuti!!!!


Assalammualaikum..Holla peeps :)
Hai haii..lamanya tak berblogging..rinduuuu gila2
btw terpaksa tangguhkan perasaan nak berblogging...
sekejap ja masa berlalu..intan kena abaikan dlu yaaa cik blog...

But..I think I can't update regularly..
SPM semakin menghantui..Seramm~
Dengan eksperimen tahun depan..aeygooooo..

 
K see you soon yaa cik blog..
Intan akan comeback bila ada masa terluang..



3 Sept 2014

Ujian dari Allah..


Assalammualaikum..Holla fellas :)

Ya Allah ujian apakah yang engkau telah berikan kepada kami..
kami terima dengan redha ya allah..

Keep Calm n Keep Strong



Intan tetap kena tabahkan hati..
Kuatkah aku? Tabahkah aku?
Yeahh Intan kuat.. yeah intan tabah :'(




Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

 Ayat itu mengingatkan kita, tidak semudah itu untuk mengatakan kita beriman sebelum diuji dengan dugaan Allah. Ini kerana ujian itu merupakan satu syarat sama ada kita redha atau tidak dengan ujian yang Allah turunkanDi dalam keadaan seperti ini, tidak ada yang lebih utama selain kesabaran dan keimanan terhadap Allah dan menganggap ia bukan pengahalang untuk menyebarkan agama.
Hadis Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Betapa ajaibnya orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya”.


 Perlu diingat, ujian juga adalah tanda kasih dan cinta Allah kepada kita. Hadis oleh Imam at-Tarmizi daripada Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka diuji. Barang siapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak redha), maka Allah murka kepadanya”.

                Ramai yang tidak sedar, sesuatu ujian yang Allah turunkan pasti ada hikmah tersembunyi. Mereka yang menyedari tidak akan merintih sebaliknya tabah menghadapai ujian. Dalam satu hadis daripada Abu said al-Khudri dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang menyucuknya, melainkan Allah menghapuskan sebahagian daripada dosanya”.

                Sebesar mana ujian tersebut, maka besar jugalah ganjaran pahala yang akan diperolehi. Sebagai hamba-Nya, kita hendaklah sentiasa redha dengan ujian yang melanda. Orang yang redha akan menjadi hamba yang dikasihi oleh Allah. Apabila Allah mengasihi, maka tempat yang paling layak buat hamba yang redha adalah disisi Allah di syurga kelak. InsyaAllah