Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

10 Dec 2014

BOSAN..


Assalammualaikum..Holla Fellas :)

Saja nak cakap yang intan bosan..hehehe
n intan taktau nak update apa dah la nie..
kering idea..hehehe



Thanks pakcik gelonggg
for all that you are all that you have been and all you re yet to be..

Thanks sebab tak pernah curiga..
Tak pernah mengongkong..
Tak pernah nak sakitkan hati..walaupun intan selalu nak cari pasal..
Jeles bila intan suka cakap pasal lelaki .. hehehe
Taksuka kalau intan kata yang intan nak cari yang lain..
Sabar dengan perangai gila2 intan yang agak takmatang..kah3
Taksuka intan cakap yang pelik2..hehehe..
sorry kalau intan ada buat salah k..
hmm.

K intan memang tamakk nakkan dia sorang ja..
Intan sakit hatii bila dia chat dngan hmmm..
intan tiba2 jadi sedih..
tapii hmmm..intan kan kuatt..
tkboleh cengeng2..
Intan yg merebut kasih sayang orang..

Nanti cari orang lain tauu..
tahun depan..intan akan sibuk dengan sekolah..
sibuk belajaq..tkboleh nk selalu msj..chit chat..
gelak2..tkboleh menggila lagi..
hmmm..akan rindu saat tuu..

Jangan main2 kan hati intan tauu..
I HATE It..

k adios..

7 Dec 2014

MEMPERMAINKAN??ATAU DIPERMAINKAN??


Assalammualaikum..Holla fellas :)
Pagiii! Semangatt!!
Huhhhhhhh..nak mengeluh panjang boleh..
menyesal..Im not.
Nak meraung menangis..Im not..
Jyeah..Happy for today..happy for everyday..
And Now Im trying...Inshaallah..
sooner or later..I will..

"Apa rasa jika dipermainkan dan memainkan perasaan orang lain...."
Tetiba saja nak update status tntang permainan perasaan.
Selalu sangat terjadi dekat intan..
Intan nie "PANDAI" sangatt dalam bab2 nie la kan..
huh.. Im not..




Memang sakit bila hati kita dipermainkan..tapi,janganlah kerana itu kita menjadi rosak..pandanglah sesuatu itu dari aspek positif..mungkin..ada sebabnye kenapa ALLAH menghadirkan seseorang yang sanggup mempermainkan dan melukakan hati kite..atau mungkin juga segala yang berlaku adalah disebabkan kesilapan dan dosa kita yang lalu…Anggap segala yang berlaku sebagai satu pengalaman hidup yang menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang… Mempermainkan hati orang..bukanlah sesuatu yang baik..sebab itu..kite kene berhati-hati dalam memberi harapan..Tapi,penyelesaiannya disini sebenarnya hanya satu..dan manusia pun banyak kecewa krn yang satu ini..iaitu..kita selalu menyandarkan harapan kita lebih kepada makhluk tapi kurang pada pencipta-Nya..Bukankah ALLAH yang memegang hati-hati kita..dan DIA juga yang bisa membolak-balikkan hati..kalau benar kita yakin pada apa yang Allah taqdirkan..maka bersabarlah..dan ikhlaskanlah hati..
 ……………………………………………………………………………………………………… 

Ingatlah Allah dalam hatimu.. 
Nescaya tiada duka untukmu.. 
Ingatlah Allah dalam hatimu.. 
Nescaya musibah dunia tiada buatmu.. 
Kelmarin Allah membantumu..
Percayalah..hari ini..dan selamanya Allah tetap membantumu.. Jadilah hamba yang paling bahagia disisi Allah..
kerana Allah sentiasa lakukan yang terbaik pada hamba-Nya..

.....................................................

Kadang2 kita terfikir..ikhlaskah kita dengan cintanya..?
Adakah kita mencintainya semata2 kerana Allah..?

"jika ya!maka cinta itu harus dgn hati yang ikhlas..biarlah dia..doakan die bahagia…kadang2..cinta itu menuntut pada pengorbanan..saya tak lihat die berniat untuk memepermainkan..tapi,kondisi dia sebagai lelaki yang berkeinginan untuk bernikah.." "sabar..sabar..sabarlah..dekatkan diri pada Allah…Bacalah Surah Ar-Rahman..bacalah Al-Fatihah..sedekahkan pada roh awak..dan klu awak mahu sedekahkan juga pada roh die..buatlah solat taubat..mohon keampunan pada Allah..buatlah solat hajat..mohon kekuatan pd Allah..buatlah solat istikharah..mohon petunjuk dari Allah ats segala y berlaku..dan moga diberi ketenangan hati..



MEMPERMAINKAN??ATAU DIPERMAINKAN??
 Tiada kekecewaan dalam hal ini..yang ada hanyalah tawakal..yang ada hanyalah sandaran pada Allah..yg ada.
. hanyalah keyakinan pada apa yang Allah taqdirkan.. Muhasabah kembali diri kamu..apakah kasih yang kamu bina itu terjaga atau tidak??halal atau haram??diselubungi dgn nafsu atau terjaga??menyebabkan kamu lalai dlm solat ataupun tidak??mendekatkan diri kamu kpd Allah atau menjauhkan.. Andai ya!kamu lalai..maksiat..tak terjaga..nafsu..zina..zina mata..hati..tangan..kaki..maka bersyukurlah..mungkin ujian itu Allah anugerahkan kpd kamu krn Allah ingin menyedarkan diri kamu supaya kembali padanya..dan merenung dosa dan kesilapan kamu yang lalu.. p/s: segala apa yang ana kongsikan disini adalah sebgai renungan kite bersama..bukan utk mengaibkan sape2..ia cukup sekdar cerita buat pengajaran kite bersama..krn ini adalah realiti yang berlaku dlm kehidupan kita sekarang..waallahualam..



TAKE NOTE:
Jangan sampai kalau intan dapat tau..
kalau intan dapat tau..
Tau la nasibnya..
Ingat hati orang keras ka..
Heyy dengaq sini yaaa..
Hati seorang perempuan sangat lembut k..
Walaupun sekeras mana dia mencuba..hmmmm
Pikiaq banyak kali dulu sebelum nak mengenali intan ..
Try arr buat kalau hang sanggup nak melukakan hati seorang wanita macam ibu hangg yaaaaaaa..


Take note tauu para lelaki2 di luar sana.. 
jangan nak mempermainkan hati seorang perempuan...

5 Dec 2014

Jalan2..


Assalammualaikum..holla peeps :)
Yoo wazzuppp..Buenas noches
Salam Ukhwah...So macam mana dengan percutian nie..
best dak..ada gi jalan2 mana2 dengan family..
Hmm.intan just ronda2 sekitar sini..
n paling jauh pun buat masa sekarang..
Pi KL..tu pun gi ikut Perhimpunan Agong Umno 2014 #PAU2014 Dekat PWTC...

Hmmm..intan sebenarnya in mood yang agak baik n bahagia..kah3
nak tau dak..tpi tkboleh arr..biarkan rahsia..hehehehe
Taknak sakitkan hati sapa2 arr..


Jangan paksakan diri kalau tak sihat tau..
Inshallah akan memahami..
Sakit2 nie jangan buat2 main k..
shafaaka Allah
. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Amin , Barakallahu fiek 


tashbakhu 'alal khoir
ilal liqoo.
Assalammualaikum


3 Dec 2014

Lirik Lagu Pergilah Sayang-Ella Ft Korrie


Assalammualaikum..Holla fellas :) 
Jyeahh..Updated for today..
K.Intan nak bagi lirik lagu Pergilah Sayang by Ella Ft Korrie..
Tetiba syok pulak lagu nie..
motif sangatt kann..
Sebenarnya intan tengah belajaq kord gitar..
tu yg tetiba meraban nak update lirik Pergilah Sayang.. heheheeh
Hope enjoy..


Indah terasa bila cinta tercipta

Memadu kasih janji bersama
Bersama-sama melafaz kata cinta
Gurau senda dan tawa berdua

Tapi kini semuanya kenangan
Kau pergi tanpa pesan

Mana janjimu yang kau lafazkan dulu
Hidup dan, matimu bersamaku
Rela kau pergi walau hati disakiti
Biarkanlah aku sendiri

Airmata menjadi penawar
Akanku simpan semua jadi kenangan
oh... oh... oh...

Pergilah kasih, pergilah sayang
Tinggalkan aku (pergilah sayang)
Biarkan saja, kenangan berlalu
Antara kau dan aku
Pergilah sayang...

Airmata menjadi penawar
Akanku simpan semua jadi kenangan
oh... oh... oh...

Pergilah kasih, pergilah sayang
Tinggalkan aku (pergilah sayang)
Biarkan saja, kenangan berlalu
Antara kau dan aku
Pergilah sayang...

22 Nov 2014

Hadis Tentang Menahan Marah


Assalammualaikum..Holla fellas :)
Hmmm..Jom baca hadis tentang menahan marah..
intan sebenarnya kdang2 taknak nak marah2 dah..
kadang2 terpaksa kawal perasaan marah..

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Larangan jangan marah


Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah,
 firman Allah S.W.T: "Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui 
firman Allah S.W.T.:
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf :200)
3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:
Carilah kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta'ala. Para sahabat bertanya: Apakah kedudukan yang tinggi di sisi Allah itu, wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: Engkau menyambung hubungan dengan orang memutuskan hubungan denganmu, engkau memberi orang yang mengharamkan pemberian kepadamu dan engkau bersikap halim terhadap jahil yang menyakitimu iaitu engkau tidak marah orang yang menyakitimu.

Nabi saw bersabda:
Sesungguhnya seorang lelaki itu dengan sifat hilmnya akan mencapai darjat orang yang berpuasa siang hari dan darjat orang yang beribadat pada malam hari, dan sesungguhnya orang yang pemarah itu akan dituliskan untuknya siksaan orang gagah yang membesarkan dirinya menyangkali Allah Ta'ala, sedangkan ia tidak memilik apa-apa selain isi rumahnya sahaja.

Nabi saw bersabda:
Apabila Allah Ta'ala telah menghimpunkan seluruh manusia pada hari kiamat, seorang penyeru menyeru: Mana dia ahli Fadhl iaitu orang-orang yang mempunyai kelebihan. Maka berdirilah orang-orang yang sedikit jumlahnya dan dengan segera menuju ke syurga. Para malaikat menemui mereka dan berkata: Kami lihat kamu ke syurga dengan segera. Mereka berkata: Kami adalah ahli Fadhl. Para malaikat bertanya: Apakah kelebihan kamu? Mereka menjawab: Dahulu apabila kami dianiayai kami bersabar. Apabila disakiti kami memaafkan orang yang menyakiti kami. Apabila kami diperbodohkan oleh orang jahil, kami bersikap hilm iaitu tidak marah kepadanya. Para malaikat pun berkata: Masuklah kamu ke dalam syurga dan ianya sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal kebajikan.

Last Day Form 4 :)


Asalammualaikum..holla peepsJ
Jyeahhh..Holiday..Holiday..
N Jyeahh h/work dah memanggil2..
Love you cikgu J
Tahun depan dah SPM..
Ya Allah cepatnya masa berlalu..
Taksedaq dah tamat form4..
K la..intan nak update last day form4 k..
Kenapa intan nak update dekat blog coz..
Syahmi buat request suruh update last untuk form4..
Okay..permintaan anda ditunaikan..



Nie la muka2 budak 5 Sains tahun depan..
*NAMPAK MUKA BUDAK SAINS DAK?
Ada yang nak tukar kelas  ke akaun n perdagangan ..
Intan kekalkan di kelas Sains..
Coz intan dah jatuh syang dngan subjek bio/kimia/fizik/add math
Walaupun bio n addmath tkboleh nak skor lagii..
Inshaallah intan gunakan cuti skolah nie dngan buat revision n h/work..
Intan taknak dah pakai baju sekolah..takmau masuk form6..
Intan nak masuk U :D
Kalau panjang umur..inshaallah..
Rasanya akan tinggal 16 orang..maybe..
Perempuan melayu -5 orang kot..
Lelaki melayu-5
Perempuan cina-2
Lelaki cina-1
Lelaki india-3

So harap2 semua boleh bekerjasama..
Do the best n be the best..
SPM penentu arah tuju kita nantii..
Buat leklok tauu..
Takmau merempit2 cuti nie..inshaallah takdak kot..
Always miss you all J
Takboleh dah nak main2..
Masa takkan menunggu kita..
Kita kena kejar masa..
Sebab masa berjalan sekejap saja..
Tup2 SPM dah ..


Nah gambaq last day 4 SAINS n Beloved Teacher..merangkap MAK 4SAINS. Cikgu Rabihah
*Umur sama dengan abang sulung intan
Layak panggil kak..tapi cikgu tetap mak kami..
Cikgu nak pindah ke SMK Sultan Ahmad Tajuddin..
Dah la cikgu Sejarah pulak tu.
We will miss you cikgu..
Inshaallah kami akan bagi dapat result SPM “FLYING COLOURS”..

Sejarah A+

Nie la pakcik2 gegehh..
AIMAN/SYAHMI/SYAKIR
Syakir suka sangat tidoq dlm kelas..
btw dia baguihh dalam bab2 agama nie..
lemahh dennn..


Aida/Cikgu Rabihah/Najma/Akmal/Niza
Hmmm..nanti Akmal n Niza nak pindah kelas akaun..
so berkurang lah kelas 4 sains..


Nie la muka2 mangsa SPM tahun depan..
Annur/Husna/Intan
 Jyeahh tahun depan intan takpakai baju putih dahh...
last day pakai baju putih..
rezeki 2014..dapat biasiswa..zakat..Pengawas..
Alhamdulillah..


k la..adioss..
assalammualaikum :)
salam sayang dari intan :D

21 Nov 2014

Raif Rudzy



Assalammualaikum..Holla fellas :)
Hai haii..selamat malam..
Btw Masih "PAGI" you know..
segar bugar lagi mata ni..
Who's Raif Rudzy..
Homosapien arr..

intan kenal dia dekat ESQ dekat Jitra..
mula2 taktau pun nama dia apa..
kenalah jadi MISS STALKER..
Well lama tak mengstalker orangg..hehehe


Dapat tau nama dia dari Hasif 
tapi dia bagi nama silap..yang ada huruf RAI* ..bla bla bla...
Tapi salah pulak nama..
tengok2 nama sebenarnya dia RAIF

Muka dia agak segakk..
kalau dia sama umur intan..confirm buat suami teruihh..hahaha
Dia panggil intan akak..*lawak .. Tua dah la intan nie..hehehe
tinggi sikit dripada intan..



Tergoda kauu tengok muka dia dekat2..
boleh melting~ 
kalau boleh la.. hmmmmm ~
berharap boleh.. -Miracle-
jadi mcm along arr..perempuan tua 1/2 tahun drpda lelaki..
kah3..

Yang intan boleh buka crita pasal dia..coz
intan chat dengan dia..
mcm2 kami sembang..
then dia suruh intan buatkan blog untuk dia..
sebab dia teringin ada blog jgk lpas dia bukak blog intan..
intan pun tolong dia.. so dia dah ada blog :) offically




k la..nanti intan update lagi yaaaa..
ciao dlu :) assalammualaikum..

19 Nov 2014

Kuatlah Wahai Hati!!



 
Assalammualaikum..Holla fellas :)
Apa khabar blogger2 semua?
Ya Allah rindunya dekat blog..
Intan kalau ada masalah..intan akan luahkan dekat blog..
Ujian demi ujian datang menimpa..
Diuji dengan perasaan..
Kadang2 intan dah benci dengan perasaan yang boleh merosakkan perhubungan..
Intan benci semua tu..
Daripada kawan dah  jadi musuh..
Perasaan terus membunuh intan.. Boleh intan menangis..
Intan nak menjerit dah malam..kang orang ingat intan apa pulak..
 

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai  sesuatu,
 padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)


Subhanallah..

Ya ALLAH kerdilnya aku dimatamu ya Allah..



"Ada hikmahnya ALLAH timpakan mendung didalam hidup kita. Kita sering merungut.
Bagai tidak sedar bahawa itu adalah Takdir-NYA. Tetapi disebalik mendung itu, ALLAH tetap ingkatkan kita.
ALLAH akan hadirkan pelangi yang indah buat hamba-NYA yang sentiasa bersabar dengan dugaan yang diturunkan.
 'ALLAH tidak pernah menghampakan kita, tetapi kita selalu menghampakan ALLAH S.W.T' Sentiasa bersabar.
Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku."-


Mungkin nie semua ujian yang Allah berikan kepada intan..
Nak menguji diri intan agar lebih menjadi seorang yang tabah..


YA ALLAH..
Hadirkan cinta yang HALAL bagiku kerana sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti.
.jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia...
aaminn ya rabb~


Intan terkelu dengan apa yang dikatakan dia..
Intan rasa intan takmampu untuk dia..
Diri terasa tidak layak..
Intan masih mencari hala tuju diri intan yang sebenar..
Intan bukanlah seorang yang baik..
Intan penuh dengan kedaifan..penuh dengan dosa.
Kalau ada jodoh tak kemana..
Jauh mana intan berlari.kalau dah nama jodoh..
Larilah intan ke pelusuk mana pun...
 

BERSABARLAH kita di DUNIA tak lama..
Jangan MENGELUH..Kelak saat kedua-dua belah kaki kita melepasi pintu SYURGA,kita BEREHATLAH sepuas-puasnya..


Bersabarlah wahai hati..
Biarlah dia nak menjarakkan diri dengan engkau..
Mungkin dia nak menjaga pandangan..menjaga hati agar tidak lebih mencintai seseorang lebih
Daripada mencintai ALLAH SWT,kekasih sejati..


YA ALLAH,berikanlah aku kekuatan untuk meminta maaf kepada orang yang telah aku buat kesalahan..
.dan berikanlah aku kekuatan untuk memaafkan orang yang membuat kesalahan terhadap aku...


Mungkin kita takkan bercakap sampai bila2..maybe
Kalau itu yang dia nak..intan akan turutkan..
Intan teruskan hidup intan..dan dia teruskan hidup dia..
Masa terlalu panjang..
Mungkin dia akan berjumpa dengan orang yang lebih baik daripada intan..
Inshaallah intan akan lupakan apa yang dia katakan kepada intan..
Andai intan ada terlanjur bicara.seribu kemaafan intan tadahkan..
Intan bukanlah seorang yang tabah..
Intan masih lemah..tetapi intan tetap kena kuatkan hati intan..
Intan takboleh nak cengeng..
Intan akan hilang seorang kawan intan.
Biarlah kenangan itu lenyap sampai bila2.


  Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
  Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

  Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
  Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

  Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
  Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

  Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
  Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu..
  Yang bukan HANYA kerana apa yang ada padamu..
  Tetapi apa adanya dirimu...