Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

26 Jul 2014

Be Strong!


Assalammualaikum..Holla peeps 
Ya Allah ujian apakah yang engkau uji buat hambamu ini..
Dalam 2-3 hari ni asyik mual2..nak makan taklalu..
Perut always meragam..Sakit dada sangat2..Mata kadang2 buat peel jugak..hmmmm
Assobarunminal iman..Sabaq intan..Allah menguji umatnya kerana DIA sayang kepadamu..


Ya Allah adakah aku layak untuk dicintai dan mencintai..
Aku menyukai dia..tetapi dia Ntah laaa
Aku suka personaliti dia..Tapi Aku jahat dimata dia..Mungkin
Aku suka bercakap.Dia dengan gayanya suka mendiamkan diri..
Aku agak nakal..dia hmmm ntah laa.idak kot..hehehe
Aku cemburu tngok dia rapat dengan perempuan lain..Dia ntah laaa..tak kot..
Aku nak bercakap dengan dia..tetapi dia nak kaaa?
Aku nak minta maaf dekat dia..tapi bila ingat apa yang dia cakap.. abaikan dan abaikan..
Adakah aku  layak untuk semua itu..


Yeah intan confess dalam nie..teruk benor :P
Intan dapat melihat dia sembahyang..Dengar dia tadarus..Iftar sekali
Andai satu hari nanti nyawa intan ditarik..adakah dia akan mengingati intan..
Intan menulis dalam blog untuk kenang kenangan kepada orang2 yang tersayang..
Keluarga..kawan2


Kawan intan pun sedaq yang intan ada feel something dekat dia..
Tapi intan just kata “Tak ahh”
Then lepas tu intan kata dekat kawan intan “ Ada feel sikit2 ja..ntah la..suka personaliti..tapi dia teguq aku..
Aku malu dengan diri aku..takpernah lagi lelaki teguq aku sampai macam tu sekali..teruk sangatkah aku?
Aku macam taklayak dengan dia..dia baik..hmmm .Dia ada ramai orang suka..biaq aku mengalah laaa..”
Yeah intan mengaku..intan memang tidak layak dengan dia..
Bagai langit dengan bumi..
Hidup Dia senang..intan bukan senang mana pun..
Intan cetek ilmu agama..dia rasanya mampu..
Tapi intan cuba untuk belajar dan belajar..


Rasanya perangai intan ada berubah sikit..
Dulu intan sangat panas baran..sekarang cool sikit..
Dulu gaya nak ala2 tomboy sikit..Btw sekarang tak la feminin mana pun..
Tapi nak kata tomboy pun tidak ..pakai tudung maaa..hahaha
Dulu takdak perasaan..sekarang perasaan ada.

K la nanti intan update lagi..
Blank tetiba..hahaha
Adios..Assalammualaikum

Ramadhan 24


Assalammualaikum..Salam Ukhwah
Holla fellas J
Macam mana haa nak bagi traffic blog intan naik balik..
Agak down..adakah kena ubah cara penulisan..
Adakah perlu join Giveway..
Intan tkboleh tumpu sangat dah..Lagi bapa bulan nak masuk tingkatan 5..
Aeygooo..agaknya kalau tahun depan maybe blog dah diabaikan..
Jadi sarang apa taktau la pulak..

Alhamdulillah.Sekarang dah Ramadhan ke-24..syukur2
Allah masih member peluang kepada kita untuk meneruskan berjihad..
Mencari ilmu..mengejar pahala..dan lain2 lagi..


Hari nie intan rasa  sangat Happy..
Taktau kenapa sebab intan rasa bahagia sangat..tengok dia senyum..
Intan tau sesiapa yang duk sebelah kami bertiga..mesti akan rasa terganggu dengan perangai2 nakal kami..
Tetapi kalau siapa2 yang tau tu..Well jujur dengan perangai sendiri..
Taksuka la nak jadi hipokrit..apa orang nak kata abaikan dan abaikan..

Life must go on..
Tu la ada idiom. “Don’t judge book by their cover”
Kami nie memang perangai yang suka menyakat..suka gelak..suka lain2 lagi..
Tapi hati kami masih keperempuanan.Hati kami baik tau dakk..
Tapi intan kalau taksuka intan akan jujur..
Kalau intan suka pun intan suka jujur..
But intan dah terkata yang intan taknak jadi perigi cari timba..
Nak timba cari perigi pulak..Hmm apa2 pun belajar dulu kan..
Inshaallah suatu hari nanti intan akan buatkan dia always be happy..
Takmau tension2 belajaq sangat..
Umur kita takboleh patah balik dah..
So kena melalui hari2 dengan gembira..
Must be happy.. right?


Intan nie nak kata Ulat buku..
Minat membaca..but ikut mood jugak..
Kalau mood malas datang..malas la jadinya..
Kalau mood rajin datang..over rajin la pulak..

Intan walaupun tak sebaik mana pun..
Tapi intan masih berpegang kepada didikan agama yang diberi tau..
Intan suka sangat mencari hadis2..
Intan taknak la dada intan kosong..
Taktau langsung tntang hadis2..

Okay la..intan akan kembali menupdate mengikut mood noh..
Hahaha..k adios

Assalammualaikum..


#Repost..
Baru update..hehehe

23 Jul 2014

13 Hadis Rasulullah SAW berkaitan rawatan dan penyakit


Assalammualaikum..Holla peeps :)
Rindu intan tak..? Mesti tak kan..bosan arrr
Intan suka sangat mancari berkaitan dengan hadis2..
Ntah kenapa..


1. Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kami berobat?” Beliau menjawab, “Ya, wahai hamba-hamba Allah. Sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit yaitu penyakit ketuaan (pikun)”. (HR. Ashabussunnah)

2. Allah menurunkan penyakit dan menurunkan pula obatnya, diketahui oleh yang mengetahui dan tidak akan diketahui oleh orang yang tidak mengerti. (HR. Bukhari dan Muslim)

3. Barangsiapa mengobati sedang dia tidak dikenal sebagai ahli pengobatan maka dia bertanggung jawab. (HR. Ibnu Majah)

4. Apabila terjadi dalam satu negeri suatu wabah penyakit dan kamu di situ janganlah kamu ke luar meninggalkan negeri itu. Jika terjadi sedang kamu di luar negeri itu janganlah kamu memasukinya. (HR. Bukhari)

5. Wafat karena wabah adalah mati syahid. (HR. Bukhari)
Penjelasan:
Tentu tidak setingkat dengan gugur di jalan Allah.

6. Janganlah orang sakit mengunjungi orang sehat. (HR. Bukhari dan Muslim)

7. Sebaik-baik menjenguk orang sakit adalah berdiri sebentar (tidak berlama-lama) dan ta’ziah (melayat ke rumah duka) cukup sekali saja. (HR. Ad-Dailami)

8. Allah tidak menjadikan penyembuhanmu dengan apa yang diharamkan atas kamu. (HR. Al-Baihaqi)
Penjelasan:
Yang haram tidak dapat dijadikan obat untuk menyembuhkan penyakit.

9. Apabila seorang yang sakit dari kamu menginginkan sesuatu makanan berikanlah. (HR. Ibnu Majah)

10. Mohonlah kepada Allah keselamatan dan afiat (kesehatan). Sesungguhnya tiada sesuatu pemberian Allah sesudah keyakinan (iman) lebih baik daripada kesehatan. (HR. Ibnu Majah)

11. Larilah dari penderita lepra sebagaimana kamu lari dari harimau. (HR. Bukhari)

12. Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan sesuatu kebaikan maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hambaKu pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sehat.” (HR. Abu Hanifah)



13. Rasulullah Saw ditanya tentang azal (mengeluarkan air mani diluar kemaluan istri). Beliau lalu menjawab, “Lakukanlah yang kamu pandang baik dan apa yang telah ditakdirkan Allah pasti akan terjadi, dan bukan kepastian bahwa dari tiap air mani dapat terjadi anak. “(HR. Al Hakim)

Semoga dengan perkongsian yang intan beri dapat memberi 
manfaat kepada semua..

Salam UKhwah
Dan Salam Kasih Sayang
daripada Intan..
Assalammualaikum

18 Jul 2014

Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada Allah Taala Dan Kerana Rindu PadaNya

Assalammualaikum..Holla peeps J
Salam Ukhwah!
Intan sambung lagi tentang Menangis yaaa..
Walaupun hanya hasil pencarian daripada Encik Google..Semoga dapat memberi manfaat kepada semua..
Inshaallah dengan kehendakNya…
Kalau takcari takkan dapat kannn..Ilmu takkan datang dengan sendiri..
Kita kena Usaha..Usaha dan Usaha..
Macam tu juga la kita,Kena Usaha untuk mendapatkan apa yang kita ingin..


Allah Taala berfirman:

Ertinya : "Dan orang-orang yang beriman itu sama meniarap dengan dagunya sambil menangis
dan al Quran itu menambah ketundukan mereka."
(al-lsra': 109)

Allah Taala berfirman lagi:

"Adakah dari pembicaraan(al Quran) ini engkau semua menjadi hairan, lalu engkau semua ketawa dan tidak menangis?"
(an-Najm: 59-60)

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepadaku:

Ertinya : "Bacakanlah al Quran untukku." Saya berkata: "Ya Rasulullah,apakah saya akan membacakan al Quran itu, sedangkan ia diturunkan atas Tuan?"Beliau s.a.w. bersabda: "Saya senang kalau mendengarnya dari orang lain."Saya lalu membacakan untuknya surat an-Nisa', sehingga sampailah saya pada ayat yang ertinya:"Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap umat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas umat ini?" -Surah an-Nisa' 41. Setelah itu Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:"Sudah cukuplah bacaanmu sekarang." Saya menoleh kepada beliau s.a.w.,tiba-tiba kedua mata beliau itu meleleh airmatanya."
(Muttafaq 'alaih)

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. berkhutbah, tidak pernah saya
mendengar suatu khutbahpun yang semacam itu kerana amat menakutkan. Beliau s.a.w. bersabda:

Ertinya : "Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang saya ketahui,nescaya engkau semua akan ketawa sedikit dan menangis banyak-banyak." Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah s.a.w. sama menutupi mukanya sendiri-sendiri dan mereka itu menangis terisak-isak."
(Muttafaq 'alaih)
Keterangannya telah lampau dalam bab: Takut.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya : "Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga susu itu dapat kembali ke teteknya menunjukkan suatu kemustahilan.Tidak akan berkumpullah debu fisabilillah itu* dengan asap neraka Jahanam."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya : "Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam
 naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri yakni hari kiamat, iaitu imam  kepala atau pemimpin yang adil. Pemuda yang tumbuh sejak kecilnya dalam beribadat
kepada Allah, orang yang hatinya tergantung sangat memperhatikan kepada masjid-masjid dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula, orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas,
juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya
dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)
Maksudnya ialah berjihad memerangi musuh agama Allah sewaktu-waktu untuk mengharapkan keredhaanNya.

Dari Abdullah bin asy-Syikhkhir r.a., katanya:

Ertinya : "Saya mendatangi Rasulullah s.a.w. dan beliau sedang bersolat dan
dari dadanya itu terdengar suara bagaikan mendidihnya kuali kerana beliau sedang menangis."
Hadis hasan shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dalam
asy-Syamail dengan isnad yang shahih.

Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Ubay bin Ka'ab r.a., demikian:

Ertinya : "Sesungguhnya Allah Azzawajalla menyuruh padaku supaya saya bacakan
 untukmu ayat ini, ertinya: "Tidaklah akan dapat meninggalkan orang-orang kafir dari ahlul-kitab dan musyrik itu akan kepercayaannya yang sesat sampai datang
kepada mereka keterangan yang jelas. "Albayyinah" 1-8. Ia berkata:
"Apakah Allah menjelaskan namaku pada Tuan?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ya." Kemudian Ubay r.a. menangis."
(Muttafaq 'alaih)
Dalam sebuah riwayat lain disebutkan: "Maka Ubay mulai menangis." - Ubay adalah seorang dari golongan sahabat Anshar.

Keterangan:
Sebabnya Ubay r.a. menangis ialah kerana terharu hatinya, gembira bercampur
 rasa takut kepada Allah Taala, kerana merasa masih kurang kebaktian serta
ketaatan yang dilakukan olehnya. Adapun rasa terharunya itu di antaranya
 disebabkan kerana dalam surat "Albayyinah" bahagian terakhir dijelaskan
 bahawa orang-orang semacam sahabat Ubay r.a. itu amat diredhai oleh Allah
Taala dan orang itupun benar-benar sudah redha kepadaNya. Manakala seseorang
 itu telah diredhai oleh Allah, maka tiada lain tempatnya di akhirat nanti, kecuali syurga.

Dari Anas r.a. pula, katanya:

Ertinya : "Abu Bakar berkata kepada Umar radhiallahu 'anhuma sesudah
wafatnya Rasulullah s.a.w.: "Mari kita bersama-sama berangkat ke tempat
Ummu Aiman untuk menziarahinya, sebagaimana halnya Rasulullah s.a.w. juga menziarahinya." Ketika keduanya sampai di tempat Ummu Aiman, lalu wanita ini menangis. Keduanya berkata: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau ketahui bahawasanya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w." Ummu Aiman lalu menjawab:
"Sesungguhnya saya tidaklah menangis kerana saya tidak mengetahui bahawasanya apa
yang ada di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah s.a.w., tetapi saya menangis
ini ialah kerana sesungguhnya wahyu itu telah terputus sebab Nabi s.a.w. telah wafat." Maka ucapan Ummu Aiman menggerakkan hati kedua sahabat itu untuk menangis.
Kemudian keduanya itupun menangis bersama Ummu Aiman.”
Hadis di atas sudah disebutkan dalam bab: Menziarahi orang-orang ahli kebaikan - lihat Hadis no. 359.

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma, katanya:

Ertinya : "Ketika sudah sangat geringnya Rasulullah s.a.w., lalu ditanyakan
padanya siapa yang akan menjadi imam solat. Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Perintahkanlah pada Abu Bakar, supaya ia bersolat menjadi imam orang-orang banyak!" Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Sesungguhnya Abu Bakar itu adalah seorang lelaki yang lemah, jikalau membaca Al Quran, maka bacaannya terkalahkan oleh tangisnya sehingga bacaannya tidak jelas." Beliau s.a.w. lalu bersabda lagi: "Perintahkanlah pada Abu Bakar supaya bersolat sebagai imam!"
Dalam lain riwayat disebutkan: Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Saya berkata:

Ertinya : "Sesungguhnya Abu Bakar itu apabila mengganti kedudukan Tuan sebagai imam,
ia tidak dapat memperdengarkan suaranya kepada orang-orang banyak sebab tangisnya."
(Muttafaq 'alaih)

Dari Ibrahim bin Abdur Rahman bin 'Auf, bahawasanya Abdur Rahman bin 'Auf r.a.
diberi hidangan makanan, sedangkan waktu itu ia berpuasa, lalu ia berkata:

Ertinya : "Mus'ab bin Umair itu terbunuh fisabilillah. Ia adalah seorang yang
lebih baik daripadaku, tetapi tidak ada yang digunakan untuk mengafaninya(membungkus jenazahnya)kecuali selembar purdah. Jikalau kepalanya ditutup, maka nampaklah kedua kakinya danjikalau kedua kakinya ditutup, maka nampaklah kepalanya. Selanjutnya untuk kita sekarang
ini dunia telah dibeberkan seluas-luasnya(banyak rezeki). Atau ia berkata:
"Kita telah dikurniai rezeki dunia sebagaimana yang kita terima ini amat banyak sekali.
Kita benar-benar takut kalau-kalau kebaikan-kebaikan kita ini didahulukan untuk kita
sekarang sejak kita di dunia ini, sedang di akhirat tidak dapat bahagian apa-apa." Selanjutnya ia lalu menangis dan makanan itu ditinggalkan.”
(Riwayat Bukhari)

Dari Abu Umamah, iaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Ertinya : "Tiada sesuatupun yang lebih dicintai oleh Allah Taala daripada dua titisan dan dua bekas.
 Dua titisan itu ialah titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah yang dialirkan fisabilillah.
Adapun dua bekas iaitu bekas luka fisabilillah dan bekas dalam mengerjakan kefardhuan dari
beberapa kefardhuan Allah Taala semacam bekas sujud dan lain-lain."

Diriwayatkan Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis Hasan.
Dalam bab ini masih banyak lagi Hadisnya, di antaranya ialah Hadisnya al-'Irbadh bin Sariyah r.a.,
katanya: "Kita semua diberi nasihat oleh Rasulullah s.a.w., iaitu suatu nasihat yang semua hati
dapat menjadi takut kerananya dan matapun dapat melelehkan airmata". Hadis ini telah lalu dalam bab:
Melarang kebidaahan-kebidaahan - lihat Hadis no. 157 dan 171.

K Selamat Berpuasa..
Adios..

Assalammualaikum..

Jyeah!


Assalammualaikum..Holla peeps 
Yeahh intan nak update lagii.mood kemain lagi nak update…
Jyeahhh..Boleh tak intan nak bagi blushingkan blog intan nie..
Taklarat dah nak blushing sorang2..look like angauuu..kah3
Padahal takdak apa yang bakal berlaku dan rasanya takkan berlaku..sob3
Takpa2 demi masa depan..Intan taknak la nak mengganggu.. I like you like a love song baby
Takpernah lagi la intan jadi lagu nie..dlu pun tkmcam nie..
Dia buat guna apa2 haaa dkt intan..sampai jadi lagu nie..
Nak buat mcm mana nie…
Intan nie dah la pantang dicabar pasti tercabar..
*Ayooo ayattt..

Your such qualities are humanitarian, patient, very wise & compassionate.You are born to achieve targets and serve every one all equally without any prejudice.

Darah intan darah O tauuu..Tengok yang intan bold n highlight nohhhh..Kena dengan diri intan..

DARAH O

Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.


Kumpulan Darah O
Anda adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

Jenis Darah O Adalah
pejuang (Warriors).

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi.

Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

Aiyooo..paling intan suka…
Sekiranya menginginkan sesuatu,kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.”
Jyeahh memang betul pun..
Tapi takdak la sampai over2 gitu..

Everyday..
Every single day..
Every seconds..
I want to see you..
Your smile looks adorable..amboii kemain dia…
Ohmaiiii..Demam kepialau nie..kah3

I need you to hold me to Jannatul Firdaus..
I need you to always teach me..
I need you to help me to know A lot about Islam..
I need you to help me to change to be better muslimah..

Aku bukanlah orang yang hebat,Tapi aku mau belajarDari orang-orang yang hebat.Aku adalah orang biasaTapi aku ingin menjadi
Orang yang luar biasa.Dan aku bukanlah orang yang istimewa,Tapi aku ingin membuat seseorang
Menjadi istimewa…….

When I Tell You I Love YouI Don’t Say It Out Of Habit.

I Say It To Remind You ThatYou’re The Best ThingThat Ever Happened To Me..

DIAM bukan beerti aku berhenti mencintaimuMenDOAkanmu adalah cara terbaik untukkuBertahan mencintaimu

ULANGAN: Takdak apa yang berlaku dan akan berlaku..justt kidding

Baru nak lletak..
Terlupa mehh..kah3

*5 Julai 2014

14 Jul 2014

Adab Pergaulan Lelaki dan Perempuan







“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.“ (Surah An Nur : 30)

Firman Allah SWT bermaksud :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. “ (Surah An Nur : 31)

ULASAN AYAT

1 - Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi. Agar tidak berlaku perkara maksiat yang sering terbabas di antara lelaki dan perempuan samada yang belum berkahwin ataupun sudah berkahwin.

2- Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan dan murka Allah.

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan :

§  Ucapan yang makruf (baik) dan sopan. Allah SWT telah menjelaskan di dalam Al Quran supaya kita mengucapkan kata-kata yang baik, kita ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk 'flirting' (menggoda), gurauan, sendaan yang tidak bermanfaat dan sia-sia.

§  Menundukkan pandangan. Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah SWT menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah dan yang berbaur syahwat.

§  Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam (solat) beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu.

§  Tidak berkhalwat (berdua-duaan). Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhrimnya.”

§  Menghindari tempat syubhah. Sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari) 

Adab khas untuk wanita :

§  Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah SWT: “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.” (Surah Al Ahzab : 59). Dan firmanNya lagi: “Janganlah kamu berhias diri sebagaimana yang dilakukan oleh kaum jahiliyyah zaman dahulu.” (Surah Al Ahzab : 33)

§  Serius dalam ucapan, tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah SWT : “Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan (yang boleh menambat hati semasa bercakap dengan lelaki asing) sehingga boleh menimbulkan keinginan orang yang berpenyakit dalam hatinya (yang menyimpan niat buruk terhadap kamu), dan ucapkanlah perkataan yang baik (sopan).” (Surah Al Ahzab : 32)

§  Menjaga pergerakan tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Firman Allah SWT: “Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Surah An Nur : 31)

Justeru itu, pergaulan antara lelaki dan perempuan amatlah dititik beratkan di dalam Islam. Pastikan kita sentiasa menjaga batasan antara lelaki dan perempuan dimana sahaja kita berada, terutama di tempat kerja kerana ianya suasana yang sering melibatkan antara lelaki dan perempuan. Elakkan diri dari mengundang dosa dan fitnah.

------------------------------------
Apakah sebenarnya ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi) itu haram?

Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka.

Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?


Jawapannya ialah:

Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.


Apakah bentuk pergaulan yang diharuskan?

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

1- Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya:

"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

2- Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.


a) Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.

b) Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

c) Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

d) Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

e) Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW.

f) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

g) Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.

h) Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya: "Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."

i) Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

j) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan

Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan: "Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?" Berkata Malik: "Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut." Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.