Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

2 Jun 2014

WANITA, BETAPA ALLAH SAYANG KAMU




Assalammualaikum..Holla fellas J
Ehh takbosan makcik nie nak update.. *TumbukKang
K intan just nak kongsi sedikit perkongsiaan yang boleh kita renung2 kan..

Wahai Wanita, ketahuilah bahawa ,

Di akhirat, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:

Ibunya
Isterinya
Anak Perempuannya
Saudara Perempuannya


Manakala seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini:

Suaminya
Ayahnya
Anak lelakinya
Saudara lelakinya

Seseorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yangg disukainya apabila wanita itu cukup dengan 4 syarat ini:

Sembahyang 5 Waktunya Di Jaga
Puasa di Bulan Ramadhan Dengan Istiqamah
Taat Kepada Si Suaminya
Menjaga Kehormatan Dirinya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya  ALLAH pada wanita.. 


AMALAN ZIKIR UNTUK AWET MUDA, CANTIK BERSERI DAN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Setiap wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.

Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.

CARA 1
Dilakukan selepas solat Isyak
        1.ambil air segelas
        2.baca al-Fatihah sekali
        3.Ayatul Qursi sekali
        4.Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
        Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.

*Surah al-waqiah ayat 35 -38

35 Inna ansha/nahunna inshaan
36 FajaAAalnahunna abkaran
37 AAuruban atraban
38 Li-as-habi alyameeni

[35]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; 

CARA 2
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
        Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
        Baca ” Ya Nur ” 1x
        Baca ” Ya Hadi ” 1 x
        Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

CARA 3
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
 Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
 Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

Hebat sungguh kaum wanita..
Sungguh tinggi darjat wanita..Subhanallah


No comments:

Post a Comment