Yeah intan kembali
mengupdate..
Bila mood update
datang..lupa dah aihh h/work nak dibuat sblum poyi soromban..kah3
Hari nie intan nak
berkongsi tip yang boleh kita amal setiap hari.. 15 Sunnah
Rasullullah SAW..
Berikut merupakan
antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi
wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan
ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa
seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.
1.Senyuman
Abdullah bin
Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku
melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
2.Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah,
katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih
suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai
terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
3.Berpakaian
Ummu Salamah
meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu
‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu
Daud)
4.Bercelak
Ibnu Abbas
meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah
kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat
memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat
Tarmizi dan Abu Daud)
5.Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai
cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud,
Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
6.Makan
Ka’ab bin Malik r.a.
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan
menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati
ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
7.Minum
Ibnu Abbas r.a.
meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat
Tarmizi dan Abu Syaikh)
8.Bersilaturrahim
Rasulullah SAW
bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan
kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan,
adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali
silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan
bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”
(Riwayat Ibnu Majah).
9.Berjalan
Ali bin Abi Talib
meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang
landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
10.Berkata
Anas Ibnu Malik r.a.
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami
(oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
11.Tertawa
Abdullah bin Harith
r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi
wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
12.Bergurau
Anas bin Malik r.a.
meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi
wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil,
‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat
Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
13.Tidur
Aisyah r.ha.
meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari,
RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak
tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda
meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian
tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh
Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat
Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
14.Membaca
al-Quran
Ya’la bin Mamlak
bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi
kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau
bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa
Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?”
Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba
yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
No comments:
Post a Comment