Assalammualaikum..Annyeonghaseyo..
dengan adanya tentang kiamat nie..
kita semakin mengingatinya..
Semua itu pasti dan akan terjadi bila2 masa saja..
Semoga dengan ini,kita diberikan pendedahan yang lebih baik..
InsyaAllah
TANDA-TANDA KIAMAT BESAR DAN KECIL | Semoga kita diberi sedikit
kesedaran dan keinsafan selepas membaca info mengenai tanda kiamat kecil dan
besar yang kini dilihat semakin banyak berlaku di dunia yang semakin dimamah
usia ini.
TANDA-TANDA KIAMAT KECIL
1. Bermaharajalela alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita2. Disia-siakannya amanat3. Ramai orang soleh meninggal, sedikitnya ilmu4. Sungai Efrat berubah menjadi emas5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam6. Banyak terjadi pembunuhan7. Munculnya kaum Khawarij8. Banyak polis dan pembela kezaliman10. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita11. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar12. Orang hina mendapat kedudukan terhormat13. Merebaknya penzinaaan14. Banyaknya kaum wanita15. Bermewah-mewah dalam membangun masjid dan berbangga dengannya16. Menyebarnya riba dan harta haram17. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik 18. Bulan sabit kelihatan besar19. Mungucap salam kepada orang yang dikenalnya sahaja20. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
TANDA-TANDA KIAMAT BESAR
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang
berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya,
“Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?”
Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari
Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan
terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
1 Asap2 Dajjal3 Binatang melata di bumi4 Terbitnya matahari sebelah barat5 Turunnya Nabi Isa A.S6 Keluarnya Yakjuj dan Makjuj7 Gerhana di timur8 Gerhana di barat9 Gerhana di jazirah Arab10 Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Penjelasan:
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya
sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa
sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan,
sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah
orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari.
Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena
selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan
keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan
keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata
yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan
cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke
dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah
orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka
akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau
akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi
Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua
golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj
itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar
Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung
banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal
walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Hari kiamat itu mempunyai
tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan
begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan
riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik
akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari
ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datang di suatu masa di mana
Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja,
Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan
masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk
pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu
akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda
hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Apabila harta orang kafir yang
dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan
seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada
agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat
dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin
kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan
tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu
adalah tanda-tanda kiamat.”
No comments:
Post a Comment