Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

23 Oct 2013

Lawatan Ilmiah Ke Kolej Vokasional Nibong Tebal



Assalammualaikum..Annyeonghaseyo..
Holaaaaaaa..!
Hari nie..aktiviti untuk budak lepasan PMR SMKS buat lawatan ke Kolej Vokasional Nibong Tebal
Hmmmm..Kami pi dalam pkul 10.15 gitu..
Kami naik 1bas n 4 orang g naik keta cikgu..
Kami pi dlm 44 orang  maybe..
Kami just melawat tempat2 belajar depaaaa..
So dapat pengalaman baru..
Kdng2 intan teringin jgk nak masuk..
Hahahha
Btw SBP n MRSM diutamakan dulu..hehehe
*Kot rezeki dekat SBP..nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangatttttttttttttt
Btw KVNT macam sekolah budak lelaki ja..
20% hanya budak perempuan..n 80% lagii tu budak laki..
OH MAN!
Sebab takramai budak perempuan coz..takda kursus yang sesuai sikit dengan sifat keperempuan..
Bnyak sngt untuk kelakian..hahahah

Intan pun masih konfius nak pilih Kolej Vokasional or Teknik..

Syarat Umum
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  • Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Permohonan Sekolah Teknik & Vokasional 2014Syarat Khusus
  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional
  • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.
Permohonan
  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
  1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2014.
  1. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.
Temuduga
  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2013 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 adalah pada 25 Disember 2013.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula atau pada awal persekolahan 2014.
Rayuan Kemasukan
Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.
Permohonan Lain Pertanyaan & Maklumat
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke SMT / SMV / KV 201020112012 dan 2013 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my


Aliran Teknik dan Matapelajaran Elektif
Kejuruteraan Awam
Fizik
Kimia
Lukisan Kejuruteraan
Matematik Tambahan
Pengajian Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Fizik
Kimia
Matematik
Lukisan Kejuruteraan
Matematik Tambahan
Pengajian Kejuruteraan Jentera
Kejuruteraan Elektrik
Fizik
Kimia
Lukisan Kejuruteraan
Matematik Tambahan
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
Fizik
Kimia
Matematik Tambahan
Prinsip Akaun
Peng. Keusahawanan
Pengurusan Makanan
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Peng. Makanan
Pengajian Pakaian
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Pengajian Pakaian

Kalau amek vokasional pulak..
*Boleh sampai diploma wokkk..

Aliran Vokasional dan Matapelajaran Kursus
Kursus
Mata Pelajaran Kursus
ElektrikTeknologi Elektrik
Pemasangan dan Kawalan Elektrik
Lukisan Geometri & Elektrik
ElektronikTeknologi Elektronik
Menservis Radio dan Televisyen
Lukisan Geometri dan Elektronik
AutomotifTeknologi Automotif
Menservis & Membaiki Kenderaan
Lukisan Geometri & Automotif
Binaan BangunanTeknologi Binaan Bangunan
Kerja Kayu & Bata
Lukisan Geometri & Binaan Bangunan
Amalan Bengkel Mesin
Teknologi Bengkel Mesin
Kerja Menggegas dan Memesin
Lukisan Geometri & Mesin
Kimpalan Fabrikasi & LogamTeknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
Kerja Kimpalan
Lukisan Geometri & Fabrikasi Logam
Katering
Teknologi Katering
Penyediaan & Perkhidmatan Makanan
Perdagangan
Asuhan Kanak-KanakPengajian Perkembangan Kanak-Kanak
Asuhan & Bimbingan Kanak-Kanak
Perdagangan
Rekaan Fesyen & Membuat PakaianTeknologi Rekaan Fesyen & Membuat Pakaian
Rekaan Fesyen & Membuat Pakaian
Perdagangan
Bakeri & Konfeksioneri
Teknologi Bakeri & Konfeksioneri Roti & Pattisserie
Perdagangan
Seni Kecantikan
Teknologi Seni Kecantikan
Persolekan & Mendandan Rambut
Perdagangan
Pengurusan Perniagaan
Perdagangan
Prinsip Akaun
Asas Pemprosesan Maklumat
Pengaturcaraan KomputerFundamental Of Programming
Programming & Development Tools
Mata Pelajaran Teras untuk Kedua-dua Aliran 
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Sejarah
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Sejarah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 

K laaa..taktau nak tulis apa dah..kbye2

Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment