Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

2 Jun 2015

BLOG BERCUTI!!!


Assalammualaikum..Holla fellas :)
sorry sebab intan lama tk post..
sorry again...
mungkin intan akan stop buat sementara waktu
SPM lagi 155 hari..
okayy. 

Intan minta maaf banyak2 kalau intan ada tersinggung or buat salah
intan minta maaf banyak2.
mana nak tau kan.. kot2 ada simpan dalam hati..
intan mohon beribu2 kemaafan..
Exam makin dekat.. rasa bnyak sangat kesalahan yang intan buat.. hmmm so intan kena mnta maaf awal2..
Still counting days..SPM....

taktau kenapa hari nie.. rasa sedihhh sangatt
hmmm..
bkan hari nie jaa. sebelum2 nie pun sedihh...


SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..
*tkut taksempat nak ucap.. hehehe

1 Apr 2015

Syukur Alhamdulillah


Assalammualaikum ..Holla fellas J
Setelah sekian lama tkbuka blog n update. tetiba 1 April jugak nak update
 *poyos kan. bajet macam takbuka blog berkurun lama gituu
k abaikan..

Alhamdulillah Ujian bulanan 1 telah selesai..
n Alhamdulillah result kali nie ada A.. banyak laa sikit dari sebelum.. In Shaa Allah SPM dapat A’s arr
5 minggu lagi peperiksaan pertengahan tahun pulak.. aeygooo~
Semakin cepat masa berlalu.. dan semakin dekat dengan spm
So far so good walaupun minggu nie sangat memenatkan dengan kelam kelibutt nak siapkan kerja sekolah coz PPD mai..
hmmm. lega bila kerja skolah dapat settle..


Jyeahh..nak enjoy kejap pun tkboleh… nak update blog n twitter pun rsa tk sempat.. hehehe
hmmm apa lagi nak update haa..
tetiba blackout habiss idea nak update.. huhh.
bila time tk free.. time tu laa idea mencurah2..
bila free time.. time tu laa jem teruihh . idea kelaut hbiss
apa2 pun.. Selamat maju jaya kepada semua student form 5 nohh.
kita kena kejaq masa..bukan masa kejaq kita..
n bersyukur coz Amali untuk Sains ditunda ke tahun hadapan... Alhamdulillah..
tapi kena master kertas 3 balik arr..
hmmm. Pasti BOLEH!!!




Adioss. tengok laa tengah bulan nie pulak kot update..
idea kosong dan kosong..~

better buat karangan yang harus dimantapkan.. bagi gramatis lagii. keh3..


"I can't help but to dwell on the possibility that maybe someday,there will be the chance that you could like me to."

ciaoo dlu..
Assalammualaikum

11 Mar 2015

Karnival Jom Pi IPT Zon 2

Assalammualaikum.Holla fellas
Sorry sebab tak update lama. mungkin akan sebulan 1/2/3 kali jaa
Nak curi masa nak update pun takboleh. h/work mak aihh. bertimbunn
Loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee it
Taksangka kan. Bulan 2 dah berlalu dengan cepat..
Sat ja masa berputar.. terlalu cepat dan sangat cepat..
Nie post untuk 28/2/2015 tauu
baru nak post. hehehe.
duk selamat dekat draft ja. menyemakk .
hari nie boleh la update coz baru habis exam.. jyeahh freedom sementara.. kah3

Hei hei. sebenarnya nak cita psal hari tu ada pi
Karnival Jom Masuk IPT Zon 2 dekat USM Bertam..
*Jom3 masuk . In Shaa Allah intan masuk IPTA yaaaaaaaaa..
Doakan yaa. Mudah –mudahan termakbul doa masuk U nanti
UPNM tunggu yaa. Nanti intan datangg…….

Back to cita tadi..
Kami pi 28hb 2.. Syokk jugakk arr
walaupun sesak dengan ramai orang..biasa arr kan.
nie baru sesak sikit..belum lagii berhimpun beramai2..dengan musim panas laa..
Hot sana sinii…
Kami naik bas Universiti Malaya..
Teqasa aura pelajaq UM pulakk. hehehe.
Kot2 la ada jodoh dengan UM.. jadi pelajar UM laa kitaa.. hahaha
*UM pun antara pilihan Universiti intan nak masuk nanti..
Harapan pi dekat sana boleh la jumpa Naim coz berjanji dah dengan dia..
duk tweet ja. takjumpa2 lagi.. haihh.
nnti kalau ada masa.. boleh la hangout sekali bro.. 
lepas spm kita hangout noh kawan2 lainn..

patutnya memang kami bertolak awaii.
suruh berkumpul dekat skolah pkul 7.45 katanya mauu pergi kul 8..
memangg 7.45 dah terpacak dekat skolah..
n muncul la nad.. pkul 8 kot. tksure arr. *ingat2 lupa
dia kata.. bas mai lambat.. dalam pkul 10..
*Ramai dah berasap time tuu..
lepastu mimiey kata..
“Jo arr pi rumah aku”
kami pun apa lagi,.
“Jom3.”
Intan..An-nur..Husna..Wawa..Nasuha..Shamel n Syahmi pun join mimieyy
yang pakccik 2 orang tu penyebokk ja..
sorang tuu henset 24 jam depan mata…selfie sana sini sunu..
hohoho.. *abaikan
lapaq gila kot time tuuuu.
mimiey pun masak arr..
masak maggi gorengg. *haih budak spm nie..
kalau time lapaq. Tanya pi la nak makan apa..
semua nakk. takkisah.. tolak batu n kayu ja tkmauuu..

dah abaikan pasal makan2. ..


Apa2 pun. kami dapat gi mcm2 booth Universiti..
Hope so termakbul impian kami masuk U akan tercapai..
Hope so . Result SPM 2015 kami boombastik.. 
Bestt walaupun hangattt. panas.. berpeluh sana sini..

Sebenarnya.. tktauu nak cakap pa dahh.. 

nah laa. gambaq kami dekat sana.. 
saja nak mnghangatkan lagii suasana..


My Sayang..My Darling.. My Everything..
Aku tauu hang kuat untuk hadapi semua nie..
Anggap nie Ujian daripada Allah..
Semoga hang tetap tabah..
Love you so much mimiey..momo.. momoii. momokk.
Sayang hangg. hadapi dengan tenang..
kami sentiasa support hang dari belakang..kiri..kanan.. depan.. n anywhere jaa..


Sempat lagi kan kita an-nur.. sebenarnya nak bergambaq dengan depa sekali.. timingg tk sesuai plus saja nak pekena depa.. kah3.. depa pakat la duk senyum.. pdahal tngkap gmbaq kita ja.. sepp sikit ..


         Sebenarnya nie gambaq dalam bas.. kalut ja nak bergambaq. bila lagi kann nak berjimba begini..Dah nak balik baru kalut. hahaha. But I miss this moment.. 


Sorry ya. gambaq blurr arr. jadi arr noh. chillax..



#Throwback #Rindu #MySayang #Bestie #TillJannah . In Shaa Allah


Rinduu weii. sayangg hampaa. gambaq buat kenang kenangan nanti. 
bila lagi kann nak bergambaq dengan sayang2 aku nie.. 
Semua nie sayangg akuu.. 

Semoga persahabatan kita kekal ke jannah..
Semoga kita berjaya sama2..
masuk U..
dah beranak pinakk. waima dah bercucu..
semoga kita tetap bersama...

k adioss.. 
assalammualaikum




27 Feb 2015

Exam

     “Bittaufiq wannajah”

Assalammualaikum ..Holla fellas J
Taksangka kan.. hari nie dah 27 hb Febuari..
Ehh baru sedaq.. cheq dah 17 tahun 1 bulan. kah3. saja nak habaq..
*jangan layan perangai yang tkbrapa nak betui nie..
sambung topic tadi balik.. haihhh suka sngt nak melencong mrata…
Intan oh Intan..
              cepat ja masa berlalu.. dan pelbagai ujian dan cobaan yang datang..
Hadapi dengan tenang..In Shaa Allah..

#SPMcandidates2015
1 MAC nie dah start ujian Bulanan 1..
Err. teqasa.. ehh dah bulan 3 rupanya.. n kira2 7 bulan lagi nak exam..
Tarik nafas.hembus..Tarik nafas..hembuss
arghhhhhhhhhhhhhhh! SPM SPM SPM…
*SPM menghantui gila2.. dah la malas nak buat h/work
Kadang2 agak tertekan dengan h/work..dngan tuisyen lagii..
Nak jerit mcm cita Manisnya Cinta arr “AKU SUNYI” tukaq “AKU LETIH”
Tapi jangan bersungut intan oii. demi masa depan..
Be Positive.. taklama dah pun nak buat benda2 nie..
habis spm ..dapat la rehatkan minda brapa bulan sebelum masuk IPTA..
In Shaa Allah..
“Bittaufiq wannajah wahai sahabat2 sekalian..”
semoga mencapai target ETR.. nanti kena denda..
Cikgu hasnah kata kalau tkcapai target ETR…
“LARI SETEMPAT DEKAT TAPAK PERHIMPUNAN”






29 Jan 2015

Sweet Seventeen..

Assalammualaikum.. Holla fellas :)
Hehehe. baru dapat nak update..
K hari nie umuq intan dah 17 tahun 2 hari.. kah3
tksmpt nk update msa birthday intan..
So..
Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran yang ke-17 intan..
Taksangka dah tuaa. dah boleh jadi mak2 pun..haha 
memang dah dapat pangkat mak pun..
mak menakan a.k.a maksu untuk anak2 saudara intan...

Tepat tarikh 27 Januari 1998 intan dilahirkan..dan 
Alhamudulillah intan masih dapat sambut pada tahun nie.. 
17 tahun Allah berikan peluang untuk intan meneruskan kehidupan nie.. berjuang untuk Islam.. menuntut ilmu.. ujian demi ujian hadapi.. Alhamdulillah . intan boleh hadapinya kerana Allah tidak pernah menguji hambanya lebih dari kemampuan ..


Terima kasih  mama.. sebab melahirkan anak yang agak nakal..degil nie.. tapi mama tauu kan hati adik macam mana.. adik sayang mama.. Love you so much..no more no doubt..
adik tak sanggup kehilangan mama..
adik doa agar kita dapat jumpa dekat Akhirat kelak..dapat duk Syurga Firdaus sekali..dengan..abah..n family2 kita yang lain..

Hari nie..mungkin aku akan kehilangan sahabat aku..
Andai aku buat salah..beribu2 kemaafkan aku tadahkan..
kalau hg tknk maafkan..it's okay..
aku dah jalan tanggungjawap aku untuk meminta maaf..
tu hak hang nak maafkan aku or dakk..

18 Jan 2015

Solat Dhuha..

Assalammualaikum..Holla fellas :)
K last update sebelum start sekolah..keh3

Hari nie kan Kedah cuti.Ulang Tahun kelahiran Sultan Kedah
Semoga d'pnjngkan umur n d'murahkan rezeki selalu :)
Daulat Tuanku..

Solat Dhuha..Jom amalkan solat dhuha..banyak sungguh kebaikannya. 
Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak..



 SOLAT DHUHA
M e n a r i k  b a n t u a n A l l a h  s w t

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan
[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

 YANG PERTAMA

D o s a  t e r a m p u n
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”(HR Tarmidzi)

 YANG KEDUA

O r a n g  b e r t a u b a t

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”(HR Hakim)

 

 YANG KETIGA

R e c o r d e d  s e b a g a i o r a n g  t a a t

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."(HR At-Thabrani)

 YANG KEEMPAT

M a s u k  s y u r g a  d a r i p i n t u  y a n g  k h a s

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”(HR At-Thabrani)



🍇 YANG KELIMA

R e z e k i  b e r e s

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”(HR Abu Darda)


 YANG KEENAM

S u d a h  b e r s e d e k a h

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."(HR Muslim)

 Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja.
Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.



🌼 S O L A T  S U B U H  B E R J E M A A H

Barangkali kemuliaan ini masih belum diketahui oleh kebanyakan orang.

“Barangsiapa solat subuh dengan berjamaah, kemudian duduk berdzikir sampai matahari terbit, lalu solat dua rakaat, dia mendapat pahala seperti mengerjakan Haji dan Umrah dengan sesempurnanya.”(HR Tirmidzi)
🎇 AMALAN UMAT TERBAIK YANG PASTI MENARIK PERHATIAN ALLAH SWT..

17 Jan 2015

Baca Jom.. Ambil manfaat bersama..

Assalammualaikum..Holla fellas :)
K intan nak bagi perkongsian yang boleh kita baca..hayati.. 
In Shaa Allah..semoga dipermudahkan..


KALAU TAK NAK BACA TU BERMAKNA IBLIS BERJAYA HALANG KAMU UNTUK BACA,KALAU RASA DIRI KAMU KERDIL SILA BACA .
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DGN AMALAN YANG SANGAT2 SIKIT.BAGAIMANA UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN YANG TELAH DILAKUKAN?

12 Jan 2015

JANGAN BERSEDIH ALLAH BERSAMAMU…


Assalamualaikum..Holla fellas J
Jyeah. Updated :D
Offically updated for first 2015 ..
Memang ada update 7hb hari tu.. tapi yang lama jee.
Yang nie tepat jam 1.30 pagi bertarikh 12.1.2015 intan tulis..keh3

"LA TAHZAN INNALLAH MA’ANA"JANGAN BERSEDIH ALLAH BERSAMAMU…

1- Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi sedihlah karena kamu tidak MEMAHAMI orang lain
2- Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi sedihlah karena kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri
3- Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN
kpd kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN
4- Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi sedihlah karenakamu tidak MENGHARGAI orang lain
5- Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.
Tapi sedihlah karena kamu MENGHINA diri sendiri
6- Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.
Tapi sedihlah karena kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI
diri
7- Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.
Tapi sedihlah karena kamu tidak mahu BANGKIT kembali
8- Jangan sedih karena perjalanan hidup kamu penuh PAHIT
GETIR.

Tapi sedihlah karena kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN
INGATLAH, Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar!


Ya Allah,Jadikanlah kelapangan dan jalan keluar untukkuDari setiap perkara yang membuatku sedihDan susah dalam urusan dunia serta akhiratku.Berilah aku rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
Ampunilah dosa-dosaku.Mantapkanlah harapanku pada Mu dan putuskanlah harapan ituSelain daripada Mu, agar aku tidak pernah berharap kepadasesiapa pun selain Engkau.
Ya Allah,Hanya kepada Mu aku bersujud dan berserahAamiin ya robalalamin...