Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

29 Jan 2015

Sweet Seventeen..

Assalammualaikum.. Holla fellas :)
Hehehe. baru dapat nak update..
K hari nie umuq intan dah 17 tahun 2 hari.. kah3
tksmpt nk update msa birthday intan..
So..
Selamat Menyambut Ulangtahun kelahiran yang ke-17 intan..
Taksangka dah tuaa. dah boleh jadi mak2 pun..haha 
memang dah dapat pangkat mak pun..
mak menakan a.k.a maksu untuk anak2 saudara intan...

Tepat tarikh 27 Januari 1998 intan dilahirkan..dan 
Alhamudulillah intan masih dapat sambut pada tahun nie.. 
17 tahun Allah berikan peluang untuk intan meneruskan kehidupan nie.. berjuang untuk Islam.. menuntut ilmu.. ujian demi ujian hadapi.. Alhamdulillah . intan boleh hadapinya kerana Allah tidak pernah menguji hambanya lebih dari kemampuan ..


Terima kasih  mama.. sebab melahirkan anak yang agak nakal..degil nie.. tapi mama tauu kan hati adik macam mana.. adik sayang mama.. Love you so much..no more no doubt..
adik tak sanggup kehilangan mama..
adik doa agar kita dapat jumpa dekat Akhirat kelak..dapat duk Syurga Firdaus sekali..dengan..abah..n family2 kita yang lain..

Hari nie..mungkin aku akan kehilangan sahabat aku..
Andai aku buat salah..beribu2 kemaafkan aku tadahkan..
kalau hg tknk maafkan..it's okay..
aku dah jalan tanggungjawap aku untuk meminta maaf..
tu hak hang nak maafkan aku or dakk..

18 Jan 2015

Solat Dhuha..

Assalammualaikum..Holla fellas :)
K last update sebelum start sekolah..keh3

Hari nie kan Kedah cuti.Ulang Tahun kelahiran Sultan Kedah
Semoga d'pnjngkan umur n d'murahkan rezeki selalu :)
Daulat Tuanku..

Solat Dhuha..Jom amalkan solat dhuha..banyak sungguh kebaikannya. 
Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak..



 SOLAT DHUHA
M e n a r i k  b a n t u a n A l l a h  s w t

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita mengerjakan
[sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat fardu dzuhur]

 YANG PERTAMA

D o s a  t e r a m p u n
Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”(HR Tarmidzi)

 YANG KEDUA

O r a n g  b e r t a u b a t

Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.

“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”(HR Hakim)

 

 YANG KETIGA

R e c o r d e d  s e b a g a i o r a n g  t a a t

Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah swt.

“Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai.Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah.Barangsiapa yg mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu.Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah swt tulis dia sebagai orang yang taat.Barangsiapa yang mengerjakannya duabelas rakaat, maka Allah akan membangun kan sebuah rumah di syurga untuknya."(HR At-Thabrani)

 YANG KEEMPAT

M a s u k  s y u r g a  d a r i p i n t u  y a n g  k h a s

Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha, kelak ia akan masuk syurga lewat pintu khusus, iaitu pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah swt.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru,"Di manakah org-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.”(HR At-Thabrani)



🍇 YANG KELIMA

R e z e k i  b e r e s

Allah swt mencukupkan rezekinya.

“Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, nescaya Aku (Allah) akan mencukupimu di akhir harimu.”(HR Abu Darda)


 YANG KEENAM

S u d a h  b e r s e d e k a h

Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah.

“Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi.Sebab setiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah.Sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat Dhuha."(HR Muslim)

 Selain keutamaan yang sudah disebutkan di atas, masih ada keutamaan lainnya yang sayang untuk dilepaskan begitu saja.
Iaitu dengan mengerjakan solat Dhuha ada pahala besar berupa pahala seperti orang yang mengerjakan Haji dan Umrah yang diterima oleh Allah.



🌼 S O L A T  S U B U H  B E R J E M A A H

Barangkali kemuliaan ini masih belum diketahui oleh kebanyakan orang.

“Barangsiapa solat subuh dengan berjamaah, kemudian duduk berdzikir sampai matahari terbit, lalu solat dua rakaat, dia mendapat pahala seperti mengerjakan Haji dan Umrah dengan sesempurnanya.”(HR Tirmidzi)
🎇 AMALAN UMAT TERBAIK YANG PASTI MENARIK PERHATIAN ALLAH SWT..

17 Jan 2015

Baca Jom.. Ambil manfaat bersama..

Assalammualaikum..Holla fellas :)
K intan nak bagi perkongsian yang boleh kita baca..hayati.. 
In Shaa Allah..semoga dipermudahkan..


KALAU TAK NAK BACA TU BERMAKNA IBLIS BERJAYA HALANG KAMU UNTUK BACA,KALAU RASA DIRI KAMU KERDIL SILA BACA .
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DGN AMALAN YANG SANGAT2 SIKIT.BAGAIMANA UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN YANG TELAH DILAKUKAN?

12 Jan 2015

JANGAN BERSEDIH ALLAH BERSAMAMU…


Assalamualaikum..Holla fellas J
Jyeah. Updated :D
Offically updated for first 2015 ..
Memang ada update 7hb hari tu.. tapi yang lama jee.
Yang nie tepat jam 1.30 pagi bertarikh 12.1.2015 intan tulis..keh3

"LA TAHZAN INNALLAH MA’ANA"JANGAN BERSEDIH ALLAH BERSAMAMU…

1- Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.
Tapi sedihlah karena kamu tidak MEMAHAMI orang lain
2- Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.
Tapi sedihlah karena kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri
3- Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN
kpd kamu.
Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN
4- Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.
Tapi sedihlah karenakamu tidak MENGHARGAI orang lain
5- Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.
Tapi sedihlah karena kamu MENGHINA diri sendiri
6- Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.
Tapi sedihlah karena kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI
diri
7- Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.
Tapi sedihlah karena kamu tidak mahu BANGKIT kembali
8- Jangan sedih karena perjalanan hidup kamu penuh PAHIT
GETIR.

Tapi sedihlah karena kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN
INGATLAH, Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar!


Ya Allah,Jadikanlah kelapangan dan jalan keluar untukkuDari setiap perkara yang membuatku sedihDan susah dalam urusan dunia serta akhiratku.Berilah aku rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
Ampunilah dosa-dosaku.Mantapkanlah harapanku pada Mu dan putuskanlah harapan ituSelain daripada Mu, agar aku tidak pernah berharap kepadasesiapa pun selain Engkau.
Ya Allah,Hanya kepada Mu aku bersujud dan berserahAamiin ya robalalamin...

7 Jan 2015

9 Ayat MAUT Seorang Perempuan Yang Wajib Lelaki Faham

Assalammualaikum...Holla fellas ;)
Mintak maaf banyak2 yaa coz intan lama tak mengupdate blog..
dah bersawang maybe.Cuma takdak kesempatan nak bukak jaa.
ikut hati dah malas nak update..tapi biaq arr..
last update untuk tahun 2014..
semoga tahun 2014 membawa seribu makna dan hikmah kepada kita semua..Ujian demi ujian datang menimpa..
Keep Strong Malaysia..
Bukan kita minta pun nak jadi macam nie..
bersatu hati..jangan salah menyalah..

#PrayForMalaysia #PrayForPantaiTimur #PrayForMH370 #PrayForMH17
#PrayForQZ8501

Al-fatihah~




9 Ayat MAUT Seorang Perempuan Yang Wajib Lelaki Faham | Wanita adalah makhluk yang paling sangat sukar difahami oleh ramai orang lelaki. Tetapi jika seorang lelaki tu boleh faham wanita, dia adalah seorang yang paling romantik walau rupa dia tak hensem mana pun. So di bawah merupakan 9 ayat maut seorang perempuan yang patut lelaki faham. Kalau boleh faham tu, insyaAllah tak lama lagi boleh nikah dah huhu...



1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan....

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman....

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat....

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya....

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda...

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki...

*Intan takdak arr nak kata F**K You tu.. ngerii yooo 

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri...

P/S : Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya...

*CopyPaste jee..
Baru nak upload arr. padahal nak update 31/12/2014
hehehe. so hari nie jaa free sikit..boleh arr update..