Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

19 Nov 2014

Kuatlah Wahai Hati!!



 
Assalammualaikum..Holla fellas :)
Apa khabar blogger2 semua?
Ya Allah rindunya dekat blog..
Intan kalau ada masalah..intan akan luahkan dekat blog..
Ujian demi ujian datang menimpa..
Diuji dengan perasaan..
Kadang2 intan dah benci dengan perasaan yang boleh merosakkan perhubungan..
Intan benci semua tu..
Daripada kawan dah  jadi musuh..
Perasaan terus membunuh intan.. Boleh intan menangis..
Intan nak menjerit dah malam..kang orang ingat intan apa pulak..
 

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai  sesuatu,
 padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)


Subhanallah..

Ya ALLAH kerdilnya aku dimatamu ya Allah..



"Ada hikmahnya ALLAH timpakan mendung didalam hidup kita. Kita sering merungut.
Bagai tidak sedar bahawa itu adalah Takdir-NYA. Tetapi disebalik mendung itu, ALLAH tetap ingkatkan kita.
ALLAH akan hadirkan pelangi yang indah buat hamba-NYA yang sentiasa bersabar dengan dugaan yang diturunkan.
 'ALLAH tidak pernah menghampakan kita, tetapi kita selalu menghampakan ALLAH S.W.T' Sentiasa bersabar.
Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku."-


Mungkin nie semua ujian yang Allah berikan kepada intan..
Nak menguji diri intan agar lebih menjadi seorang yang tabah..


YA ALLAH..
Hadirkan cinta yang HALAL bagiku kerana sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti.
.jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia...
aaminn ya rabb~


Intan terkelu dengan apa yang dikatakan dia..
Intan rasa intan takmampu untuk dia..
Diri terasa tidak layak..
Intan masih mencari hala tuju diri intan yang sebenar..
Intan bukanlah seorang yang baik..
Intan penuh dengan kedaifan..penuh dengan dosa.
Kalau ada jodoh tak kemana..
Jauh mana intan berlari.kalau dah nama jodoh..
Larilah intan ke pelusuk mana pun...
 

BERSABARLAH kita di DUNIA tak lama..
Jangan MENGELUH..Kelak saat kedua-dua belah kaki kita melepasi pintu SYURGA,kita BEREHATLAH sepuas-puasnya..


Bersabarlah wahai hati..
Biarlah dia nak menjarakkan diri dengan engkau..
Mungkin dia nak menjaga pandangan..menjaga hati agar tidak lebih mencintai seseorang lebih
Daripada mencintai ALLAH SWT,kekasih sejati..


YA ALLAH,berikanlah aku kekuatan untuk meminta maaf kepada orang yang telah aku buat kesalahan..
.dan berikanlah aku kekuatan untuk memaafkan orang yang membuat kesalahan terhadap aku...


Mungkin kita takkan bercakap sampai bila2..maybe
Kalau itu yang dia nak..intan akan turutkan..
Intan teruskan hidup intan..dan dia teruskan hidup dia..
Masa terlalu panjang..
Mungkin dia akan berjumpa dengan orang yang lebih baik daripada intan..
Inshaallah intan akan lupakan apa yang dia katakan kepada intan..
Andai intan ada terlanjur bicara.seribu kemaafan intan tadahkan..
Intan bukanlah seorang yang tabah..
Intan masih lemah..tetapi intan tetap kena kuatkan hati intan..
Intan takboleh nak cengeng..
Intan akan hilang seorang kawan intan.
Biarlah kenangan itu lenyap sampai bila2.


  Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
  Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

  Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
  Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

  Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
  Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

  Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
  Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu..
  Yang bukan HANYA kerana apa yang ada padamu..
  Tetapi apa adanya dirimu...



No comments:

Post a Comment