Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

22 Nov 2014

Hadis Tentang Menahan Marah


Assalammualaikum..Holla fellas :)
Hmmm..Jom baca hadis tentang menahan marah..
intan sebenarnya kdang2 taknak nak marah2 dah..
kadang2 terpaksa kawal perasaan marah..

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Larangan jangan marah


Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah,
 firman Allah S.W.T: "Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui 
firman Allah S.W.T.:
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf :200)
3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

Nabi s.a.w bersabda:
Carilah kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta'ala. Para sahabat bertanya: Apakah kedudukan yang tinggi di sisi Allah itu, wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: Engkau menyambung hubungan dengan orang memutuskan hubungan denganmu, engkau memberi orang yang mengharamkan pemberian kepadamu dan engkau bersikap halim terhadap jahil yang menyakitimu iaitu engkau tidak marah orang yang menyakitimu.

Nabi saw bersabda:
Sesungguhnya seorang lelaki itu dengan sifat hilmnya akan mencapai darjat orang yang berpuasa siang hari dan darjat orang yang beribadat pada malam hari, dan sesungguhnya orang yang pemarah itu akan dituliskan untuknya siksaan orang gagah yang membesarkan dirinya menyangkali Allah Ta'ala, sedangkan ia tidak memilik apa-apa selain isi rumahnya sahaja.

Nabi saw bersabda:
Apabila Allah Ta'ala telah menghimpunkan seluruh manusia pada hari kiamat, seorang penyeru menyeru: Mana dia ahli Fadhl iaitu orang-orang yang mempunyai kelebihan. Maka berdirilah orang-orang yang sedikit jumlahnya dan dengan segera menuju ke syurga. Para malaikat menemui mereka dan berkata: Kami lihat kamu ke syurga dengan segera. Mereka berkata: Kami adalah ahli Fadhl. Para malaikat bertanya: Apakah kelebihan kamu? Mereka menjawab: Dahulu apabila kami dianiayai kami bersabar. Apabila disakiti kami memaafkan orang yang menyakiti kami. Apabila kami diperbodohkan oleh orang jahil, kami bersikap hilm iaitu tidak marah kepadanya. Para malaikat pun berkata: Masuklah kamu ke dalam syurga dan ianya sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal kebajikan.

Last Day Form 4 :)


Asalammualaikum..holla peepsJ
Jyeahhh..Holiday..Holiday..
N Jyeahh h/work dah memanggil2..
Love you cikgu J
Tahun depan dah SPM..
Ya Allah cepatnya masa berlalu..
Taksedaq dah tamat form4..
K la..intan nak update last day form4 k..
Kenapa intan nak update dekat blog coz..
Syahmi buat request suruh update last untuk form4..
Okay..permintaan anda ditunaikan..



Nie la muka2 budak 5 Sains tahun depan..
*NAMPAK MUKA BUDAK SAINS DAK?
Ada yang nak tukar kelas  ke akaun n perdagangan ..
Intan kekalkan di kelas Sains..
Coz intan dah jatuh syang dngan subjek bio/kimia/fizik/add math
Walaupun bio n addmath tkboleh nak skor lagii..
Inshaallah intan gunakan cuti skolah nie dngan buat revision n h/work..
Intan taknak dah pakai baju sekolah..takmau masuk form6..
Intan nak masuk U :D
Kalau panjang umur..inshaallah..
Rasanya akan tinggal 16 orang..maybe..
Perempuan melayu -5 orang kot..
Lelaki melayu-5
Perempuan cina-2
Lelaki cina-1
Lelaki india-3

So harap2 semua boleh bekerjasama..
Do the best n be the best..
SPM penentu arah tuju kita nantii..
Buat leklok tauu..
Takmau merempit2 cuti nie..inshaallah takdak kot..
Always miss you all J
Takboleh dah nak main2..
Masa takkan menunggu kita..
Kita kena kejar masa..
Sebab masa berjalan sekejap saja..
Tup2 SPM dah ..


Nah gambaq last day 4 SAINS n Beloved Teacher..merangkap MAK 4SAINS. Cikgu Rabihah
*Umur sama dengan abang sulung intan
Layak panggil kak..tapi cikgu tetap mak kami..
Cikgu nak pindah ke SMK Sultan Ahmad Tajuddin..
Dah la cikgu Sejarah pulak tu.
We will miss you cikgu..
Inshaallah kami akan bagi dapat result SPM “FLYING COLOURS”..

Sejarah A+

Nie la pakcik2 gegehh..
AIMAN/SYAHMI/SYAKIR
Syakir suka sangat tidoq dlm kelas..
btw dia baguihh dalam bab2 agama nie..
lemahh dennn..


Aida/Cikgu Rabihah/Najma/Akmal/Niza
Hmmm..nanti Akmal n Niza nak pindah kelas akaun..
so berkurang lah kelas 4 sains..


Nie la muka2 mangsa SPM tahun depan..
Annur/Husna/Intan
 Jyeahh tahun depan intan takpakai baju putih dahh...
last day pakai baju putih..
rezeki 2014..dapat biasiswa..zakat..Pengawas..
Alhamdulillah..


k la..adioss..
assalammualaikum :)
salam sayang dari intan :D

19 Nov 2014

Kuatlah Wahai Hati!!



 
Assalammualaikum..Holla fellas :)
Apa khabar blogger2 semua?
Ya Allah rindunya dekat blog..
Intan kalau ada masalah..intan akan luahkan dekat blog..
Ujian demi ujian datang menimpa..
Diuji dengan perasaan..
Kadang2 intan dah benci dengan perasaan yang boleh merosakkan perhubungan..
Intan benci semua tu..
Daripada kawan dah  jadi musuh..
Perasaan terus membunuh intan.. Boleh intan menangis..
Intan nak menjerit dah malam..kang orang ingat intan apa pulak..
 

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai  sesuatu,
 padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)


Subhanallah..

Ya ALLAH kerdilnya aku dimatamu ya Allah..



"Ada hikmahnya ALLAH timpakan mendung didalam hidup kita. Kita sering merungut.
Bagai tidak sedar bahawa itu adalah Takdir-NYA. Tetapi disebalik mendung itu, ALLAH tetap ingkatkan kita.
ALLAH akan hadirkan pelangi yang indah buat hamba-NYA yang sentiasa bersabar dengan dugaan yang diturunkan.
 'ALLAH tidak pernah menghampakan kita, tetapi kita selalu menghampakan ALLAH S.W.T' Sentiasa bersabar.
Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku."-


Mungkin nie semua ujian yang Allah berikan kepada intan..
Nak menguji diri intan agar lebih menjadi seorang yang tabah..


YA ALLAH..
Hadirkan cinta yang HALAL bagiku kerana sesungguhnya aku tidak mahukan cinta yang tidak pasti.
.jauhkan hatiku dari cinta yang sia-sia...
aaminn ya rabb~


Intan terkelu dengan apa yang dikatakan dia..
Intan rasa intan takmampu untuk dia..
Diri terasa tidak layak..
Intan masih mencari hala tuju diri intan yang sebenar..
Intan bukanlah seorang yang baik..
Intan penuh dengan kedaifan..penuh dengan dosa.
Kalau ada jodoh tak kemana..
Jauh mana intan berlari.kalau dah nama jodoh..
Larilah intan ke pelusuk mana pun...
 

BERSABARLAH kita di DUNIA tak lama..
Jangan MENGELUH..Kelak saat kedua-dua belah kaki kita melepasi pintu SYURGA,kita BEREHATLAH sepuas-puasnya..


Bersabarlah wahai hati..
Biarlah dia nak menjarakkan diri dengan engkau..
Mungkin dia nak menjaga pandangan..menjaga hati agar tidak lebih mencintai seseorang lebih
Daripada mencintai ALLAH SWT,kekasih sejati..


YA ALLAH,berikanlah aku kekuatan untuk meminta maaf kepada orang yang telah aku buat kesalahan..
.dan berikanlah aku kekuatan untuk memaafkan orang yang membuat kesalahan terhadap aku...


Mungkin kita takkan bercakap sampai bila2..maybe
Kalau itu yang dia nak..intan akan turutkan..
Intan teruskan hidup intan..dan dia teruskan hidup dia..
Masa terlalu panjang..
Mungkin dia akan berjumpa dengan orang yang lebih baik daripada intan..
Inshaallah intan akan lupakan apa yang dia katakan kepada intan..
Andai intan ada terlanjur bicara.seribu kemaafan intan tadahkan..
Intan bukanlah seorang yang tabah..
Intan masih lemah..tetapi intan tetap kena kuatkan hati intan..
Intan takboleh nak cengeng..
Intan akan hilang seorang kawan intan.
Biarlah kenangan itu lenyap sampai bila2.


  Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
  Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

  Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
  Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

  Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..
  Semoga Dia memberimu seseorang yang mendambakanmu...

  Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..
  Semoga Dia menghadirkan seseorang yang mencintaimu..
  Yang bukan HANYA kerana apa yang ada padamu..
  Tetapi apa adanya dirimu...



18 Nov 2014

ESQ 165 anjuran JHEV



 
Assalammualaikum..Holla fellas :D
Jyeahh baru diberikan kesempatan nak mengupdate..
Intan sebenarnya nak update tentang kursus intan pi
14 n 15 November.. (Jumaat & Sabtu) baru2 nie..
Dekat DarulAman Golf&Resort,Jitra
Kursus ESQ 165 anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..
Banyak pengisian yang intan dapat..
Dapat mendekatkan diri dengan sang pencipta..
Mengetahui indahnya ciptaan Allah..
Mengenal Allah dengan lebih dekat..
Dapat berjumpa dengan kawan2 baru..

Intan sangat suka dengan hadis2 yang diberi..
Intan jenis yang suka baca hadis tentang kehidupan..
Suka dengan pendedahan tentang ciptaan alam semesta..
Kisah2 Nabi Muhammad S.A.W,
Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail..
Nabi Khidir dan Nabi Musa..
Perjuangan Sultan AL-Fateh
Subhanallah..
Sesiapa yang ratu airmata..moh kita ramai2 join ESQ..
Hehehe..intan susah sikit nak menangis..
Kena amik feel..nak pejam mata sambil menangis tkboleh arr..
Bukan intan taknak menangis..cukuplah getaran dalam hati intan..
Cukuplah Allah saja yang mengetahui apa yang intan rasa..


#Throwback Rinduu dekat Encik Faizi n others trainer :) #ESQ anjuran JHEV..   inshaallah i’m join to be trainer.. Jom menimba ilmu :D
(BersamaEncik Faizi n my beloved mother)
last day..

#Throwback ESQ anjuran Anak Bekas Tentera.. Really miss the le’trainers n le’newbie friend..
With Raif n his brother n Abah Sham

Ada demo yang bombastic..by Abah Sham,Abg Afiq,Hasif, Raif n his brother..
Ketawa/menangis bersama2..
Makcik Rohani.Raif’s parents..Ecik Faizi..Abg Fathullah..n 2 le’sister..
The best Trainers..
Inshaallah intan akan join ATS jugak…
Menyanyi dan selawat bersama..alunan Asma Ul’Husna
 
Tak lupa jugak dekat MR.Zero
Comel kok Mr.Yell


Satria 165..

GO.GO..GO..
FIGHT..FIGHT..FIGHT..
WIN..WIN..WIN..
SATRIA ESQ..
YES..YES..YES..
Malaysia BOLEH..


Selawat ke atas nabi..
Lagu Demi Matahari,Gemuruh,Jangan Menyerah n others..

Jom hayati lirik lagu Demi Matahari..


 Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

 

“Feel the experience,get the feel”
Banyak pengalaman yang menyimpan seribu kenangan bagi intan..
Rindu ESQ..Rindu dengan kawan2 baru..
Takbosan mendengar pendedahan yang disampaikan oleh Encik Faizi n Abg Fath..
Banyak menggunkan audio..Dewan yang gelap….

Hmmm..apa lagii haa..
Tu je kot..inshaallah intan jadi trainer..
3/4/5 hb nie dekat Mentalun maybe..Hope so..
6/7 di Shah Alam..
Intan nak menimba ilmu lagi..takcukup lagi..

 K la..salam sayang daripada intan..
Semoga kita dapat berjumpa lagi..
K Assalammualaikum..