Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

28 Apr 2014

"Giveaway Birthday by Syira Lokman"


                                                >Klik Banner Nak Join<

Assalammualaikum..Holla!
Again n again join GA..Kali nie join GA Syira Lokman sempena Birthday Syira yang ke 20 pada 21 Mei..Intan join GA nie sebab tertarik dengan ..Jeng3.. Novel n Blog Design..
Alooo nakkk sangatt..Sebenarnya dah lama nak beli novel..Tapi sebab teringatkan exam nak dekat dan semakin dekat..masa berlalu dengan pantas..so kita kejar masa..
Design blog pun teringin jugakk sebab design blog intan dah lama.. *SayangPulakNakTukar..


Wishes
Semoga birthday Syira tahun nie lebih bermakna dari tahun sebelum2nya..Semoga d'pnjngkan umur n d'murahkan rezeki selalu :)

“And in the end, it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years.”“Your birthday is a special time to celebrate the gift of ‘you’ to the world.”“The secret to staying young is to live honestly, eat slowly, and lie about your age.”“Maturity has more to do with what types of experiences you’ve had, and what you’ve learned from them, and less to do with how many birthdays you’ve celebrated.”




Nak please..!


Hadiah oh Hadiah..

Semua peserta akan disenaraikan dan anda boleh gunakan list untuk blogwalking.
Bloglist x 10 (sepanjang bulan Jun dan Julai tahun 2014) - Syira
Cash RM20 x1 -Licha
Blog design yang berharga RM100 x1- Cik Kumbang
Template blog untuk Bloglist yang berharga RM35 x3 - Cik Kumbang
Novel pilihan sendiri x2 - Shadhira
Komik x1 - Bana
Face Mask x1 - Amalina
Tudung bawal x1 - Hayati
Hadiah Misteri x1 - Shaira
Hadiah Misteri x1 - Azhafizah
Topup RM10 x1 - Ssurianahyana
Topup RM5 x2 - Intan
Topup RM5 x2 - Fatin
Topup RM5 x1- Azwar
Review Blog x2 - Aliyah
Review Blog x1 - Hayati

Hadiah Misteri x2 untuk "best wishes" - Syira


Mula : 28 April 2014

Tamat : 28 Mei 2014 jam 11:59 malam

Jom kita ramai2 masuk GA..Inshaallah ada rezeki ada la.
Hope so Intan dapat jugak hadiah2 nie..
In shaa allah..Adios..
Assalammualaikum..

19 Apr 2014

Grammar: Sentence Connectors




Assalammualaikum..Holla!!!
Good Evening..!
Hope so today is better then yesterday..
Hari nie intan nak berkongsi sedikit grammar yang boleh kita gula dalam essay..
Intan just copy n paste dari New Straits Times –Thursday 10 April 2014

Syllabus Relevance
1.Grammar:Sentence Connectors
2.Read topic of current interests.
3.Follow sequence of ideas.

Sentence Connectors are words that link ideas from one sentence to the next.Sentence connectors perform differentFunctions and are placed at the beginning of a sentence.They are used to introduce,order,contrast,and sequence ideas.

Here’s a list of simple logical connectors:
First,Second,Third,Fourth,etc
Firstly,Secondly,Thirdly,etc
Next,Last,Finally
In Addition
Futhermore
Also,Then
At present/Presently
Besides,After That,Nevertheless,Moreover
Last but not least,Therefore
Hence,As a result

#Intan harap dengan ini dapat membantu memantapkan lagi essays.
Goodluck ..^____^..

12 Apr 2014

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE Edit Blog


Assalammualaikum..Hollaaaaa!
Terujaaaaaaaanya tengok Giveaway nieeeeeeeee..
Seriously nak sangattt Free Full Package Edit Blog For 2 People *MenjerittNow
Kalau cheq dapat,meletoppp blog cheq..hahaha

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN ''
  • Copy banner di atas
  • Buat entry dengan tajuk Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog.
  • Like fanpage una dekat sidebar tuh dan follow una untuk tahu perkembangan terkini mengenai giveaway yang una anjurkan ini
  • Giveaway ini hanya berlangsung selama 2 minggu sahaja, iaitu dari tarikh 11-04-2014 sehingga 24-04-2014
  • Dah siap buat entry apa semua boleh copy paste link blog korunk di ruangan komen
  • Simple kan? jadi semoga berjaya menjadi 2 orang pemenang bertuah tuh ! huhu :D 
Hope so intan dapat laaa..hahaha 
Intan nie jarang sangat nak masuk GA nie..
Lama takmencuba..so kali nie kita tryyyyy..
Goodluck

K selamat mencubaaaaaaaa..



4 Apr 2014

Go Go Ale Ale..

Assalammualaikum...
Holla fellas! Intan’s here..
Miss you damn Cik Blog..

Apa kaitan letak tajuk di atas ehh..
sebenarnya Intan just suka2 letak tajuk tu..Happy2 sajaaa..
Yeahhhh I’ll be HTR soon if still like “Budak2 Ribena”.. *Ehh takjadi nak ke HTR la...Takmoooo

Sebenarnya intan just nak cakap yang kelas intan ada budak baru from SAINA..
Lelaki or perempuan.. FYI it boy ..
Nama dia A*** ..Berumur muda sehari daripada intan..hahaha
Ehh dekat2 la bezday kita annn..so sweat :P
Siapa nak buat dia sebagai calon suami.Silakan! Respect gila arr dia takpernah arr takdak buku depan dia.
Kalau intan nak buat Calon jugak arrr..hahaha *KindaJoke
Intan gelarkan dia “SILENT IS GOLDEN”.. sebab nak dengar suara dia bila orang tanya jaaaaa..
Ada jongkong emas banyak kot dalam tuu.. *Nak sikitttttt !
Intan yang boleh kata dia “SILENT IS GOLDEN” sebab intan ada baca dekat komen fb dia..hehehe
So #kopipasta sedikit.. :****
Nak belajaq dengan dia jugak la.. #AzamBaru #StudySmart #Not #StudyHard
Penat kot #STUDYHARD,kalau keputusan gempak takpa jugakk..
Nak flow on macam budak cina arrr..belajaq biasa2 ja..keputusan gempakk..
 
Back to story -------à
Hope so dia takmenyesal duduk kelas kami errkk,kelas kami kelas BAHAGIA..
Kadang2 perangai budak2 datang.. Boleh gila cikgu SMKS..hahaha
Intan kalau ada budak baru,mesti ada saja perangai nakal akan keluar..
Intan bukan la nak terhegeh2 macam perigi cari timba..ehhh silap banyakk la
Kalau taksuka dengan perangai nakal intan yang kadang2 boleh buat orang termalu..  *Silakan cakap berterus terang..
Buat apa nak cakap belakang.awat intan takdak ka nak cakap..
Kenapa kalau cakap dekat intan..intan akan kasi penangan percuma..please laaaaaaaa.. *Kalau yang munasabah..Memanggg arrr
Mulut intan kadang takdak insuran..sebab intan takbayaq lagi.. *Nak tolong bayaq pun takpa..
K la bye.. See you soon blog..
Akan kembali mengupdate tentang diri n kelas..
InShaaALLAH kalau diberi kesempatan lagi,intan akan meneruskan update dari masa ke semasa..
Assalammualaikum.. :D

#ILOVECLASS4SCIENCE 2014 ...



Fadhilat Surah Dhuha

Assalammualaikum..
Holla fellas!
Update untuk hari nie tentang Fadhilat Surah Dhuha

Surah Dhuha :Merupakan surah ke 39
Ada 11 ayat.

Baca setiap kali terbit dan terbenam matahari sebanyak 7 kali.
(selamat drp kehilangan/kecurian atau hilang anak/isteri.

Jika barang bernilai hilang, sembahyang sunnat Dhuha enam rakaat dgn 3 salam setiap jumaat hingga barang kembali.Insyallah.

Selalulah amal bacaan ayat ini.

Cara sembahyang Dan Doanya. Amin.

Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-


Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada
petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"

( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang soleh ."

Selamat membaca tentang FADHILAT SURAH DHUHA
Semoga kita sentiasa dirahmati Allah..


Assalammualaikum

Doa Agar Diberi Ketetapan Hati



Assalammualaikum..
Holla fellas! Intan kembali memanaskan blog tercintaaaa.

Update kali nie intan kongsi kepada semua Doa Agar Diberi Ketetapan Hati
Di bawah ini adalah suatu doa yang selalu diamalkan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam supaya hati kemas dan tetap di atas agamaNYA dan ketaatan kepadaNYA:

  
Pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH dengan do`a ini.
Hafallah ia dan bacalah selalu samada dalam solat atau luar solat:

َاَللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ, صَرِّفْ قُلُوْبَنَا عَلَى طَا عَتِك
(Allahumma musorrifal-quluub, sorrif qulubana `ala to`atiKA)
“Ya ALLAH, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMU”

اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
(Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala diniKA)
“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”

Doa di atas selalu diamalkan oleh orang-orang soleh zaman berzaman sebagai mengikuti sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang selalu membacanya.  Dan in sha’ ALLAH, ia benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan ALLAH seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.
Hayati makna doa tersebut dan pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH.  KepadaNYA lah kita pinta akan hidayah dan taufiq.
Semoga hati-hati kita diarahkan untuk taat kepada ALLAH dan diteguhkan hati-hati kita semua pada agamaNYA, aminnnn…

Semoga kita sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk..

Assalammualaikum

Amalan Ayat & Surah Serta Kebaikannya.

 


Assalammualaikum..
Holla fellas..!
Jom kita beramai2 Amalkan Ayat & Surah Serta Kebaikannya. 

1)   BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

2)   SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

3)   AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan gangguan syaitan.

Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendaj tidur nescaya akan terselamatdari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain : 

Barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Hadith yang lain menyatakan : 

Barangsiapa yang membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihat beserta para Anbiya hingga ia gugur mati syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan :

 Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindarkan darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil seklai ilah azab neraka.

4)   SURAH AL-BAQARAH (sapi betina) Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

5)   SURAH ALI-IMRAN (keluarga Imran) Barangsiapa yang membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

6)   SURAH AN-NISSA (perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

7)   SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insyaallah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, ke atas air lalu di beri minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

8)   SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barangsiapa yang membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

9)   SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) barangsiapa membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa yang membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

10)   SURAH AL - ANFAL (Rampasan) Barangsiapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekelian manusia.

11)   SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Permutus Hubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqkan dan akan mencapai hakikat iman. Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

12)   SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa yang membaca ayat 31 dari surah ini, ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anal dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

13)   SURAH AL-HUD (Hud) Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barangsiapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barangsiapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

14)   SURAH YUSUF (Yusuf) Barangsiapa yang membacanya, akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barangsiapa yang membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

15)   SURAH AR-RA'D ( Petir) Barangsiapa yang membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

16)   SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barangsiapa membaca ayat -ayat 32 hingga 34 dari surah ini,nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

17)   SURAH AL-IIIJ'R ( Batu Gunung) Barangsiapa yang membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat dari gugurnya.

Sampai disini saja update kali nie..
Intan akan kembali mengupdate bila tiba masanya,..InShaaAllah kalau diberikan kesempatan..

Assalammualaikum

3 Apr 2014

Tumblr Qoute




 

 

 

 


 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 





 






  

2 Apr 2014

Kelebihan mengamalkan surah As-syams

Assalammualaikum..
Holla fellas..See again..again n again...

Okay hari nie intan update tentang Kelebihan mengamalkan surah As-syams


terjemahan surah As-syams

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 


[1]   Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

[2]   Dan bulan apabila ia mengiringinya;

[3]   Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

[4]    Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

[5]   Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh
        yang melambangkan kekuasaanNya);
[6]   Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan 
        makhluk-makhlukNya);

[7]   Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan 
        kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

[8]   Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalah yang membawanya
        kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;

[9]   Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih 
        bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

[10]  Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang
         sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab 
         kekotoran maksiat).

[11]  (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab
         perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

[12]  Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah
         dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

[13] Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu
        gangu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya 
        daripada mendapat) air 
        minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!

[14]  (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta 
         menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan
         menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia 
         meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

[15]  Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian,
        (kerana itu adalah balasan yang adil).



 Kelebihan mengamalkan surah As-syams jika dibaca sebelum tidur dalam keadaan berwudhu’ dan tidur
 berseorangan. Membacanya sebanyak 7 kali surah As-syams diikuti dengan Surah Al-Lail
 sebanyak 7 kali. Kemudian dipohon supaya ditunjukkan apa-apa
 perkara di dalam mimpinya,
 InShaaAllah berhasil. Jika belum berhasil kerana kurang yakin atau
 tidak cukup syarat, maka hendaklah ia mengamalkan surah As-syams selama 7 malam berturut-turut.

K intan ciao dlu..Renung2kan...Banyak Kelebihan mengamalkan surah As-syams yang  kita boleh dapat...Adios..

Assalammualaikum..