Assalammualaikum..Holla
Seperti yang kita ketahui “Wanita” adalah insan yang amat
tinggi pengorbanannya..
Ibu adalah seorang Wanita yang sanggup mengandung selama
9bulan 9hari..
melahirkan kita dengan susah payahnya..
“WANITA” seorang yang Istimewa J
GOLONGAN WANITA
Wanita mengikut definisi ulama' : Seorang manusia yang sudah baligh secara mutlak iaitu sama ada sudah berkahwin atau pun belum.
AYAT AL-QURAN BERKENAAN GOLONGAN WANITA
1) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 1
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ
نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ
مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ
بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ
عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Wahai sekalian
manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula)
dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan -
lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu.
2) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 124
وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ
الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ
أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ
يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا
Dan sesiapa yang
mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka
mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau
dikurangkan balasannya) sedikitpun.
3) Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ
مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ
مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلا خَفِيفًا فَمَرَّتْ
بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَتْ دَعَوَا اللَّهَ رَبَّهُمَا
لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحًا لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ
Dialah (Allah)
yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan ia mengadakan
daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan
hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya,
mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan
itu (ke suatu waktu). kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang)
berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):"
Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Tuhan kami) mengurniakan Kami nikmat Yang baik,
tentulah Kami menjadi orang-orang Yang bersyukur".
No comments:
Post a Comment