Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

24 Mar 2014

Hadis-Hadis Tentang Ujian Dan Cubaan




Assalammualaikum..Holla!
Hari nie intan nak update Pasal Hadis-Hadis Tentang Ujian Dan Cubaan  
Intan suka sangat search dekat internet cari pasal hadis2..
Banyak yang kita dapat daripada membaca tentang2 hadis..

1.       Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah 'Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah.
(HR. Tirmidzi)

2. Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.
(HR. Bukhari)

3. Sa'ad bin Abi Waqqash berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah Saw, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?" Nabi Saw menjawab, "Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamnya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kokoh dia diuji sesuai itu (keras). Seorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa.
(HR. Bukhari)

4. Barangsiapa dikehendaki Allah kebaikan baginya maka dia diuji (dicuba dengan suatu musibah).
(HR. Bukhari)

5. Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya maka Allah menguji dan mencubanya agar dia mencapai darjat itu.
(HR. Ath-Thabrani)

6. Apabila Allah menyenangi hamba maka dia diuji agar Allah mendengar permohonannya (kerendahan dirinya).
(HR. Al-Baihaqi)

7. Apabila Aku menguji hambaKu dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar maka Aku ganti kedua matanya dengan syurga.
(HR. Ahmad)

8. Tiada seorang mukmin ditimpa rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai pun duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Bukhari)

9. Seorang mukmin meskipun dia masuk ke dalam lubang biawak, Allah akan menentukan baginya orang yang mengganggunya.
(HR. Al Bazzaar)

10. Tidak semestinya seorang muslim menghina dirinya. Para sahabat bertanya, "Bagaimana menghina dirinya itu, ya Rasulullah?" Nabi Saw menjawab, "Melibatkan diri dalam ujian dan cubaan yang dia tak tahan menderitanya."
(HR. Ahmad dan Tirmidzi)

11. Bukanlah dari (golongan) kami orang yang menampar-nampar pipinya dan merobek-robek bajunya apalagi berdoa dengan doa-doa jahiliyah.
(HR. Bukhari)

Penjelasan:
Dilakukan pada saat kematian anggota keluarga pada jaman jahiliyah.

12. Allah menguji hambaNya dengan menimpakan musibah sebagaimana seorang menguji kemurnian emas dengan api (pembakaran). Ada yang ke luar emas murni. Itulah yang dilindungi Allah dari keragu-raguan. Ada juga yang kurang dari itu (mutunya) dan itulah yang selalu ragu. Ada yang ke luar seperti emas hitam dan itu yang memang ditimpa fitnah (musibah).
(HR. Ath-Thabrani)

13. Salah seorang dari mereka lebih senang mengalami ujian dan cubaan daripada seorang dari kamu (senang) menerima pemberian.
(HR. Abu Ya'la)

14. Sesungguhnya Allah Azza Wajalla menguji hambanya dalam rezeki yang diberikan Allah kepadanya. Kalau dia redha dengan bahagian yang diterimanya maka Allah akan memberkahinya dan meluaskan pemberianNya. Kalau dia tidak redha dengan pemberianNya maka Allah tidak akan memberinya berkah.
(HR. Ahmad)

15. Barangsiapa ditimpa musibah dalam hartanya atau pada dirinya lalu dirahsiakannya dan tidak dikeluhkannya kepada siapapun maka menjadi hak atas Allah untuk mengampuninya.
(HR. Ath-Thabrani)

16. Bencana yang paling payah ialah bila kamu membutuhkan apa yang ada di tangan orang lain dan kamu ditolak (pemberiannya).
(HR. Ad-Dailami)

17. Barangsiapa diuji lalu bersabar, diberi lalu bersyukur, dizalimi lalu memaafkan dan menzalimi lalu beristighfar maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong orang-orang yang memperoleh hidayah.
(HR. Al-Baihaqi)


Hadis Buat Golongan Wanita


Assalammualaikum..Holla

Seperti yang kita ketahui “Wanita” adalah insan yang amat tinggi pengorbanannya..
Ibu adalah seorang Wanita yang sanggup mengandung selama 9bulan 9hari..
melahirkan kita dengan susah payahnya..
“WANITA” seorang yang Istimewa J

GOLONGAN WANITA
Wanita mengikut definisi ulama' : Seorang manusia yang sudah baligh secara mutlak iaitu sama ada sudah berkahwin atau pun belum. 


AYAT AL-QURAN BERKENAAN GOLONGAN WANITA


1) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 1
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.


2) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 124
وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.

3) Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلا خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَتْ دَعَوَا اللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحًا لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Tuhan kami) mengurniakan Kami nikmat Yang baik, tentulah Kami menjadi orang-orang Yang bersyukur".


Hadis 40-Hadis 20 Imam An-Nawawi-Tentang Malu



Assalammualaikum..Holla
Okay sambung tentang hadis lagi.. Ingat tentang “MALU” takdak dalam hadis ka..
Jom membaca à
 عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهصَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ اشِئْتَ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.  [Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.]


Pokok Perbincangan Hadis :

1) Malu- akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).

2) Makna suruhan dalam hadis :
Suruhan sebagai tahdid (kecaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara maksiat).
3) Malu terbahagi dua :
yang boleh diusahakan - mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
yang tak boleh diushakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki(kebaikan).
4) Malu yang dicela -
 yang tidak menepati syarak :malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam keadaan jahil.


Pengajaran hadis:

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat. Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.

Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah. Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

21 Mar 2014

19.03.2014


Assalammualaikum..Annyeonghaseyo
Holla peeps J
Let me see yaaaaa..
Horray For Exam tamat sudah (selasa).. L Freedom for a while.. *Jadilah kan
Btw freedom la sangat.dah la soalan.. Uhuk2
Alhamdulillah first time exam menengah atas..takboleh nak mengada2 semua nak soalan bulat2..
Mungkin result kali nie takla berapa nak gempak.. Hahahaha :D
InShaaAllah yang akan datanggg Booommmmm.. Aminnn~

“Its hard to wait around for something you know might never happen;
but its harder to give up when you know its everything you want.”

I was a dreamer
Before you went and let me down..

Alhamdulillah keputusan SPM 2013 SMK Serdang amat membanggakan..
3 orang staright A..Ya Allah bestnyaaaaaaa *Nak jugakkkkkkk J
Intan doakan yang cita2 mereka tercapaiii


Keajaiban 2 pasangan kembar..
Harith Hasiff Husainy n Hany Hazimatul Husna
                              &
Png Wen Han n Png Wen Yang

Majoriti semua dapat 3,4,5,6...
Ya Allah teringinnya Intan tercalon dalam list pelajar cemerlang...Aminnnn~
Tahniah kepada semua #Batch96 yang dapat keputusan Cemerlang SPM..
Fightingggggg!!!!!
Me #SPMCANDIDATES2015..


15 Mar 2014

#StudyMood


Assalammualaikum..Annyeonghaseyo
Holla! Long time no see meh..
Bosan kann.status semakin hari semakin errrrrrrrr.. *Faham2 jelah
Okayy sebenarnya Intan just nak gtau yang Intan takboleh kerap update status..
Semenjak masuk form4,takdak masa nak main2..
Time nie la nak study betul2..
Ingat form4 nie dalam Mood Honeymoon kaaa.?
ayooooo...Salah tuu..
Mood kena mauuu mantap supaya takdak la nak struggle terukk time form5..


No freedom :P

Macam nie la Intan setiap hari..Bukuuuuuuu ayooooo..
#StudyEverySeconds *Nampak benor nipunyerrr
#BurnTheMidnightOil..

I hope that I will score A+ all my subject
Hwaitingggg!

                 
study for tonight..4 paper left.. #MathModen #Biologi #Fizik #Kimia..
doa2 kan yaaaaa...
 #StudyZone #ExamWeek 

k byeeeeeeeeeee..
assalammualaikum..