Le'Owner Toturial Tips&Ilmiah Tumblr Picture&Qoute Fanpage Twitter Tumblr

29 May 2014

Innallaha Ma’ana!


Assalammualaikum..Holla!
Again n again..
Well smnjak dpat cuti..updated ja memanjang..hehehe
Hmmm..nak nangis now boleh #Gelak #KindaJoke

   Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
   padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
   (Q.S. Al-Imran: 139)

Ya Allah kau berikanlah aku kesabaran untuk menempuh dugaan demi dugaan yang datang menimpa..
Semenjak brapa hari nie..Nak makan taklalu..sakit perut memanjang..
Kalau tidoq pun terganggu..oh maiiii
Dah la time exam hari tu sakit kepala n loya tekak2 #Puasa ..tahan jelah..
Nasib baik ada minyak angin..boleh la jgk sapu2..
Selagi masih msih boleh intan tanggung,intan tanggung..so far so good

Why  n why you do this..? you know that it is so stupid..
Why you being like that..aigoooo
I’m just to know you...well I fully hope we’ll be friends soon..

Adakah maruah aku terlalu rendah..
Adakah dengan itu layak untuk dipijak sesuka hati..
If you don’t like it just throw it..
Yeahh I’m stupid..I’m stupid because I want to know about you a lot and a lot..

Yeahh aku trasa when bila kau kata “perempuan dan lelaki tak baik bersembang dengan bebas”
So selama nie aku macam perempuan yang terlalu bebas untuk bersembang...hailaaaa
Adakah satu kesalahan bersembang..I know laa selagi berlandaskan yang betul.
Well bukannya pandang mata..berpegangan tangan..
I know about Hukum Halal n Haram..
Then don’t you dare to speak or try to know each other..
Then just be a good silence..
I’m proud of you..
Terima kasih untuk nasihat..
I’m very appreciate it.

I will never doing that again..again n again..
Now you freedomly to know about other and other people..
Aku takmain la nak berselindung dibalik prangai buruk..
Nak hipokrit buat apa..tu bukan Intan NurFarhanis la gamaknya..
I truly show my style..If you don’t like..Just go and go..
Please don’t to show you infront me..

Yeahh I smile when you read my ****** **** ..
I’m very happy and happy.. :P
Percaya atau tidak I really really love it what I do..
:P :P :P :P :P *Really hate you..

La’Tahzan Intan.... J
Keep your smile
Keep your insane
    Keep calm
       And
Allah wil love you..

  Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu,
  dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu,  dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “  (Q.S. Al-Baqarah:216)
 
Ya Allah betul seperti ayat diatas boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu”
So nak membenci pulak dah la..hahaha *GelakBesaq :D
I know yang engkau kuat menghadapinya Intan..
Innallaha Ma’ana!




28 May 2014

PESANAN BUAT WANITA..


Assalammualaikum..Holla! 
Update lagii.Inshaallah semoga dengan perkongsian kita dapat memberi manfaat kepada kita..tambah2 kaum wanita...



 30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi


19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

 

4 Golongan lelaki ditarik wanita

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang
ALLAH S.W.T berikan pada kita.

PESANAN BUAT WANITA

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan).

Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.

Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak).

Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
(surah An-Nur ayat 31)

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.

(surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita - wanita ketika itu. Tetapi kini segala - galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.

Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu?

Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.

Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.


KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan
tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda s.a.w, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)."


Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

ADAB DAN CARA MENEGUR DALAM ISLAM

Assalammualaikum..Holla!
Mungkin dengan sedikit perkongsiaan..kita semua dapat manfaatnya..aminn

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita berubah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.

Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang pendakwah itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di awal penulisan ini.

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para pendakwah supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para pendakwah mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

“Mukmin itu menasihati dan menutup(aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)”Fudhail Bin I’yadh,Kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).

Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para pendakwah ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.
Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.

Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita.
Rasulullah s.a.w bersabda,

‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.


Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.Yelah menegur tu perkara baik jadi kenapa perlu disakiti hati orang lain?cuba fikir sejenak adakah dia akan berubah jika begitu?Tentu sekali 0.1% peluangnya.Sedangkan Allah telah memperingatkan kita semua dalam surah An-Nissa ayat 59...walla'hualam...

Ya Allah..


Assalammualaikum.Holla!
Intan kembali mengupdated selepas tamat sudah berperang di medan peperiksaan..hahaha *nampakPoyoKan #MidYearExam ja punn..

Ya Allah malunya aku sebagai seorang wanita seorang lelaki menegur..

okelah intan..tak elok orang perempuan tidur lewat malam sangat..lagipun ,tak manis rasanya lelaki dengan perempuan bersembang bebas sebab Allah S.W.T sentiasa memerhati hambanya..selamat malam dan jangan lupa baca doa tidur..Assalamualaikum..
Semoga teguran yang ringkas ini akan menyedarkan kita..
Malu la pulakk :P Taknak poyi sekolah dah :D
Malu sekarang masih mampu untuk mengubahnya..
Inshaallah I will do it..
terima kasih untuk nasihat ringkas dan padat :) 
Tak ternilai harganya buatku sahabat :) :'(


Astarfirullah hal a'zim
Ya Allah ampunilah dosa2ku

k selamat malam
Assalammualaikum

23 May 2014

The Liebster Award ~



Assalammualaikum..Holla!
Ehhh kenapa nama intan ada dekat The Liebster Award kak syira 
First time la dapat award gu nie..heheh
Mula2 "ehh apa nie?" "Something diffent kot"
So mohsihhh kak syira..
in shaa allah intan akan cuba yaaa..
sorry kalau terlambat sebab masih dalam peperiksaan
curi masa sikit...hahaha



The Rules

Mention who nominated you with a link to their blog.
Answer the 11 question asked.
Nominate 11 others bloggers.
Create 11 of your questions for them to answer.
Notify your nominate.


SOALAN DARI SYIRA LOKMAN ^_^



1.Ceritakan serba ringkas tentang diri anda.
  
Okay.Nama diberi Intan NurFarhanis.Berumur 16 tahun dan masih belajar.Tinggal di Serdang,Kedah.Anak Bongsu daripada 7 adik-beradik.Bersekolah di SMK Serdang,Kedah.Niat memang form4 nak berhijrah ke  sekolah lain,tapi takda rezeki..mungkin ada hikmah disebaliknya..Inshaallah yang terbaik..Dilahirkan pada 27 Januari 1998.Berbintang Aquarius.Sangat meminati masakan "Laksa" sebagai tempat pertama makanan kegemaran..kalau ada laksa,nasi pun ditinggalkan. *Taktau nak cerita apa dah..nanti buat kesinambungan noh..hehehe


2.Apakah tujuan anda berblog?
First time berblogging nie,ala macam "ehh dia ada blog,aku nak jugak"
So mula2 macam takda tujuan..
Then lepas blogwalking ke blog blogger2 lain,tengok apa boleh buat dengan  berblogging nie.So Alhamdulillah dengan berkat kesabaran,yeayy intan  berjaya..Tujuan sebab nak kongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang kita  dapat daripada pembacaan..Blog macam Diari Kisah Hidup Intan yang  takperlu ditulis,just tekan papan kunci di keyboard..

3.Apakah impian hidup anda?

Impian erkk? Impian Intan apa erkk? Impian intan untuk  membahagiakan  mama n abah intan..Nak cemerlang dunia dan  akhirat..Inshaallah menjadi muslimah yang berjaya...

4.Blogger lelaki and perempuan yang anda suka

Blogger lelaki n perempuan yang intan suka..hmm kalau perempuan  banyakk arr..lelaki kurang sikit..Btw intan suka sangat stalk blog Arwah Jasmin J Hunwick(http://misschronicz.blogspot.com) ..Sedih baca blog arwah..Intan stalk blog arwah lepas intan bca tentang kematian arwah..
Blogger lelaki intan rasa Ben Ashaari(www.benashaari.com)..Banyak yang kita dapat dari blog dia..

5.Apa pendapat anda tentang blog Syira Lokman.

Pendapat intan tentang blog sis Syira Lokman erkk..
Intan baru saja mengenali sis syira..Blog sis Syira awesome..
Inshaallah Intan akan menjadi stalker untuk mengenali sis syira n tentang blog sis syira..Hehehe

6.Apakah pekerjaan anda sekarang? *sekiranya masih belajar..nyatakan bidang dan dimana anda belajar.

Pekerjaan? Ehh masih belajar J
Masih belajar di SMK Serdang,Kedah sebagai salah seorang pelajar Kelas 4 Sains..Bidang Sains Tulen..
Kelas nie jadi 4 Sains sebab kelas gabung dengan Sains Teknikal.Apa2 pun sama ja..Belajar jugak kan..

7.Apakah yang ditulis dalam blog anda?

Apa yaaa intan tulis dekat blog? Firstly tau guna blog,banyak cerita tentang kisah diri..
Semenjak akhir2 nie banyak ke arah benda yang lebih berfaedah..dengan kongsi tentang ilmiah,tips2 dan toturial
Doa2 kan yang orang akan suka dengan perkongsian yang intan telah coretkan dalam blog intan

8.Majlis hari jadi yang diimpikan. *huraikan keadaan,jenis hadiah yang diinginkan.

Dah 16 tahun pun..Ada hadiah or tak sama ja..
Kalau orang bagi..terima dengan tangan terbuka..
Rezeki jangan ditolak..hahaha
Btw muka mintak Penampaq ada la..

9.Saat anda "jatuh",apa yang anda lakukan?

Terus bangun dan blah dengan muka begitu selamba..
Nobody perfect..hehehe

10.Sekiranya orang yang anda sayang akan meninggalkan anda,apakah yang anda lakukan sepanjang hayat beliau?

Selagi masih diberi kesempatan untuk membuatkan dia bahagia..
Inshaallah intan akan cuba..
Intan sedih sebab orang yang intan rapat n sayang semua tinggalkan intan..Intan doakan mereka ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

11.Apakah kejayaan paling indah yang telah anda kecapi?

Kejayaan paling indah yang telah intan kecapi errk?
Paling terbaru keputusan PMR la..walaupun keputusan tak seberapa..intan bersyukur..Inshaallah SPM ada lagi..
#SPMCANDIDATES2015.. Aja2 Hwaitinggg!!


Intan nak buat soalan apa erkk? Terblur seketika..kahkah3 Btw nak buat soalan boleh..nak tag dekat orang blackout teruihhh..hahaha..Bebas siapa nak cuba boleh takk???

Soalan daripada #Infarhanis
*Soalan tentang blog yaaa..hehehe
 Apa2 saja tentang “blog”


1.Sejak bila anda berblogging?2.Siapa yang banyak membantu membangunkan blog anda?3.Warna tema apa yang sesuai untuk gambarkan dengan blog anda?4.Apa yang anda coretkan dekat blog anda?5.Adakah anda mempunyai impian satu hari nanti yang anda akan
  jadi blogger popular?6.Pernah tak terfikir yang anda juga mampu menjana duit dengan
  hanya berblogging?7.Apa yang tahu tentang “BLOG”?
8.Siapa blogger yang menjadi sumber inspirasi anda?9.Bayangkan blog anda tercalon dalam blog paling
  popular.Apakah perasaan anda?10.Berapa kali anda menukar skin blog anda?11.Apakah updated pertama yang anda tulis dekat blog?
   *JujurTau *FirstUpdateYaww

Sekian saja soalan daripada Intan..sebenarnya taktau nak tanya soalan apa..

Kepada sesiapa yang menjawap..Dialu-alukan..
Blank nak tag nama siapa??
btw komen erkk bila dah menjawap :)

*SelamatMenjawap..
Thanks sekali lagi dekat sis Syira Lokman..
Besttt la pulakk..hehehe

K adios..
Assalammualaikum
Aja-Aja Fightingggg!!!